Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW i7 Uji Bateri Pepejal (ASSB) dengan Teknologi Jarak Pemanduan Lebih Jauh
Auto Terkini

BMW i7 Uji Bateri Pepejal (ASSB) dengan Teknologi Jarak Pemanduan Lebih Jauh

Abang HirataBy Abang Hirata27/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW i7 uji bateri pepejal (ASSB)
BMW Group
dan Solid Power sedang menguji sel bateri pepejal (All-Solid-State Batteries, ASSB) dalam kenderaan ujian BMW i7 di Munich, Jerman. BMW Group menggunakan sel ASSB tulen format besar daripada Solid Power ke atas kereta ujian itu.

ASSB sebenarnya menjadi perhatian pengeluar kereta, terutama dari Jepun kerana bakal menjadi pengubah permainan disebabkan beberapa kelebihan ketara.

Potensi Manfaat Teknologi Bateri Keadaan Pepejal

Apa keistimewaan bateri jenis ASSB ini?

  • Memiliki ketumpatan tenaga lebih tinggi dalam sistem storan yang sangat padat berbanding teknologi semasa.
  • Berpotensi mencapai jarak pemanduan lebih jauh, tanpa kelemahan berat berlebihan pada sistem storan.

Sejak 2022, BMW Group dan Solid Power sudah meningkatkan aktiviti pembangunan teknologi ASSB melalui perjanjian pemindahan teknologi kerana masing-masing percaya pada potensi teknologi bateri berkenaan.

Konsep Bateri dan Ujian Berterusan

Bateri konsep yang digunakan dalam kenderaan ujian BMW i7 menggabungkan prinsip pembinaan Gen5 (sel prisma dalam modul) yang terbukti dengan konsep modul baharu inovatif untuk menyepadukan sel ASSB daripada Solid Power.

Aspek Utama yang Diteliti dalam Ujian

Antara aspek yang akan diteliti BMW Group dan Solid Power dalam eksperimen tersebut adalah:

  • Pengurusan pengembangan sel
  • Kawalan tekanan operasi
  • Penyesuaian kondisi suhu

Penggunaan sel ASSB buatan Solid Power dengan elektrolit berasaskan sulfida dan integrasi lengkap ke dalam pek bateri akan memberikan BMW Group penemuan penting selanjutnya dalam program ujian sepanjang beberapa bulan akan datang.

Sel inovatif tersebut sudah dibangunkan dan dihasilkan Solid Power dengan kerjasama pakar dari BMW Group. Justeru langkah pembangunan selanjutnya diperlukan bagi melaksanakan teknologi ASSB dalam sistem storan keseluruhan.

Perkongsian Jangka Panjang dan Pembangunan Kepakaran

BMW Group dan Solid Power sudah bekerjasama sejak 2016 melalui ‘Perjanjian Pembangunan Bersama’, yang disokong pelaburan BMW Group dalam Solid Power pada Mei 2021 sebagai sebahagian pusingan pembiayaan.

Pada akhir 2022, BMW dan Solid Power bersetuju memperdalam lagi perkongsian, yang mana BMW akan mengendalikan barisan prototaip sel ASSB di Pusat Kompetensi Pembuatan Sel (CMCC) di Parsdorf, Munich berdasarkan lesen penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran Solid Power.

Penguasaan Teknologi Bateri BMW Group

Sejak 2008, BMW Group terus mengembangkan kepakaran dalam bidang teknologi sel bateri. Sejak 2019, pengetahuan tersebut digabungkan di Pusat Kompetensi Sel-Bateri (BCCC) BMW Group di Munich.

BCCC merangkumi keseluruhan rantaian nilai, dari R&D hingga rekabentuk sel bateri dan keupayaan pengeluaran. Bagi melaksanakan inovasi dalam teknologi sel bateri dengan cepat dan cekap, BMW Group bekerjasama dalam rangkaian sekitar 300 rakan kongsi, termasuk syarikat ternama, syarikat baharu dan universiti.

Kerjasama dengan Solid Power menggariskan strategi bateri BMW Group untuk terus membangunkan teknologi bateri inovatif setanding rakan kongsi terkemuka dalam industri.

Kedudukan strategik yang kuat dalam rantaian nilai memastikan BMW Group mendapat akses kepada semua penyelidikan sel bateri baharu dan inovatif di seluruh dunia.

all-solid-state battery ASSB Auto Global Auto Terkini Bateri keadaan pepejal (ASSB) BMW BMW Group BMW i7 Solid Power
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.