Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW i4 M50, iX1 xDrive30 M Sport Muncul di Malaysia Autoshow 2023
Auto Terkini

BMW i4 M50, iX1 xDrive30 M Sport Muncul di Malaysia Autoshow 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia membuat kejutan dengan penampilan dua model kenderaan elektrik penuh (EV) di pameran automotif Malaysia Autoshow 2023 di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Dua model itu ialah BMW iX1 xDrive30 M Sport dan BMW i4 M50 (2023) yang membuat penampilan sulung di Malaysia. Tahun lalu, divisyen permotoran BMW M menyambut ulang tahun ke-50. Berikut perincian dua model tersebut:

BMW i4 M50

  • Disertakan logo M dan lencana 50 Tahun BMW M sebagai ciri standard.
  • Dilengkapi pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M sama warna dengan badan kenderaan dan difuser belakang hitam.
  • Aksen dalaman M dengan kemasan gentian karbon, material bumbung Antrasit M dan kerusi M Sport (depan), tali \ keledar M, kluster instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik.
  • BMW IconicSounds Electric membantu menghasilkan nada bunyi enjin M.
  • Dua unit motor BMW M eDrive dengan setiap satu dipasang pada gandar depan dan belakang untuk pemanduan semua roda (AWD).
  • BMW i4 M50 menawarkan kuasa 400kW (544hp) dan tork 795Nm jika menggunakan mod Sport Boost.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum 225kmj.
  • Jarak pemanduan 510km sebelum bateri perlu dicas semula (kitaran WLTP).
  • Pengecasan biasa (AC) mengambil masa 8 jam 15 minit (11 kW).
  • Pengecasan pantas (DC) daripada 10 hingga 80 peratus mengambil masa 31 minit (200kW).
  • Pilihan warna Mineral White (putih), Black Sapphire (hitam), M Brooklyn Grey (kelabu), M Portimao Blue (biru) dan Sanremo Green (hijau).
  • Waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun dengan program servis berjadual percuma.
  • Waranti bateri lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu). Juga disediakan Bantuan Jalanan.

BMW iX1 xDrive30 M Sport

  • Menggunakan seunit motor segerak elektrik kompak (EESM) untuk setiap gandar, menawarkan kuasa terkumpul 230kW (313hp) dan tork 494Nm.
  • Dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dan pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.6 saat. Kelajuan maksimum dihadkan 180kmj.
  • Boleh dipandu sejauh 440km (kitaran WLTP).
  • Pengecasan semula bateri melalui dua kaedah: pengecas biasa AC (11kW) atau pengecas pantas HPC (130kW). Pengecasan pantas memerlukan masa 29 minit untuk caj bateri daripada 10 hingga 80 peratus.
  • Menggunakan suspensi Adaptive M Suspension sebagai ciri standard.
  • BMW iX1 sarat dengan pelbagai sistem bantuan keselamatan pemanduan Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Plus seperti ciri Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Halaju (SLC), Bantuan Perhatian (Attentiveness Assistant), Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Kawalan Stereng Aktif (ASC), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Amaran Belok Kiri (LTA).
  • Pilihan warna badan Alpine White (putih), Black Sapphire (hitam), Cape York Green (hijau), M Portimao Blue (biru), Storm Bay dan Space Silver (perak).
  • Ruang kargo 490 liter boleh dipertingkat kepada 1,495 liter dengan merebahkan kerusi belakang.
  • Waranti tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percumab
  • Waranti bateri BMW lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu). Juga disediakan Bantuan Jalanan.
  • Pratempah BMW iX1 boleh dibuat dengan deposit RM3,000.
BMW i4 M50
BMW iX1 xDrive30 M Sport
BMW i4 M50 (2023) BMW iX1 xDrive30 M Sport BMW Malaysia Kenderaan Elektrik Pameran Malaysia Autoshow 2023 Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.