Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lepas L4 tayang di BIMS 2026

SATU lagi jenama baharu dari China mula mencuri perhatian dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) global.

Diperkenalkan secara rasmi pada April 2025, Lepas ialah sub-jenama terbaharu di bawah Chery Group, menyertai portfolio yang merangkumi Omoda & Jaecoo, Jetour dan divisyen iCaur.

Walaupun masih baharu, jenama itu hadir dengan sasaran cukup berani. Pengurusan Lepas dilaporkan menyasarkan berada dalam kelompok 10 jenama automotif terlaris dalam tempoh lima tahun, satu petunjuk Chery serius mahu memperluaskan pengaruh.

SUV EV Segmen-C Fokus Praktikaliti

Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026

Antara model dijangka menjadi tunjang jenama itu ialah Lepas L4, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik yang menumpukan gabungan teknologi moden, jarak pemanduan kompetitif dan praktikaliti untuk keluarga.

Secara asas, L4 menggunakan teknologi ‘three-electric core’, merangkumi bateri, motor elektrik dan unit kawalan motor, iaitu teknologi yang turut dikongsi dengan model premium lain dalam Chery Group.

Motor Depan, 201hp

Bagi varian elektrik penuh (BEV), Lepas L4 menggunakan motor elektrik tunggal pada gandar hadapan (FWD).

Output dianggarkan sekitar 201hp (150kW), dan tork 310Nm, iaitu angka yang cukup kompetitif untuk SUV EV segmen-C.

Dari segi prestasi dunia sebenar, angka tersebut meletakkan SUV EV itu hampir setanding beberapa pesaing popular dalam kelas sama.

Jarak Gerak Hingga 450km (WLTP)

Lepas L4 dijangka menawarkan jarak perjalanan antara 400km dan 450km mengikut ujian WLTP.

Jika menggunakan angka ujian NEDC, jarak boleh mencecah sehingga 510km, bergantung spesifikasi bateri dan talaan pasaran.

Model itu dipercayai menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) dengan kapasiti antara 61kWh dan 67kWh.

Pengecasan Pantas Sehingga 125kW

Bagi pengecasan, Lepas L4 menyokong pengecasan pantas (DC) antara 120kW dan 125kW, manakala pengecasan dari 30 – 80 peratus mengambil masa sekitar 20 – 30 minit.

Pengecasan AC pula menyokong 7 kW atau 11kW, bergantung spesifikasi pasaran, dan turut tersedia fungsi kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L), membolehkan SUV itu membekalkan kuasa kepada peralatan luaran seperti lampu, komputer riba atau alatan perkhemahan.

Rekabentuk EV Lebih Aerodinamik

Berbanding versi enjin pembakaran dalaman (ICE), Lepas L4 menerima beberapa elemen khas EV. Rupa depan menggunakan gril tertutup penuh dengan konsep gril tertutup Spiral Matrix untuk membantu aerodinamik.

SUV EV itu juga menggunakan rim aloi aero 18 inci bagi mengurangkan rintangan angin dan membantu kecekapan tenaga. Selain itu, kabin menawarkan sehingga 34 ruang simpanan, lebih banyak berbanding versi ICE.

Kabin Teknologi Tinggi

Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026

Dalam kabin, unit infotainmen dikuasakan cip Snapdragon 8155, yang terkenal dengan prestasi lancar dan responsif.

Skrin utama menggunakan format potret saiz 13.2 inci untuk gaya moden yang semakin popular dalam kalangan SUV EV dari China.

ADAS Tahap 2

Dari aspek keselamatan, Lepas L4 hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu eTermaju (ADAS) Tahap 2 penuh.

Antara ciri diberikan ialah Bantuan Parkir Auto (APA) dan bantuan parkir kawalan jauh Remote Parking Assist (RPA), untum memudahkan parkir di ruang sempit.

Potensi Cabar Atto 3, Omoda E5?

Melihat spesifikasi awal, Lepas L4 jelas diletakkan untuk bersaing terus dengan model seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5 dan beberapa SUV EV segmen-C lain.

Jika Chery memutuskan membawa jenama tersebut ke Asdean, termasuk Malaysia, L4 berpotensi menjadi satu lagi pemain kuat dalam segmen SUV EV keluarga.

Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Lepas L4 di BIMS 2026
Auto Terkini chery group Lepas car LEPAS L4 SUV EV SUV EV Segmen-C
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    HEV

    #BIMS2026: Deepal Hunter K50, Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900 km

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.