Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta Amerika Syarikat, Ford membawa satu lagi varian lebih lasak ke pentas Bangkok International Motor Show 2026 (BIMS 2026) menerusi kemunculan Ford Ranger Super Duty, sebuah trak pikap yang dibangunkan khusus untuk kegunaan kerja berat dan aplikasi lebih ekstrem.

Di Thailand, model ini ditawarkan dalam versi double cab pada harga 1,599,000 Baht (sekitar RM196,100). Berbanding Ranger biasa, Super Duty hadir dengan casis lebih kukuh, gandar dipertingkat, driveshaft lebih tebal serta tangki bahan api lebih besar berkapasiti 130 liter.

Direka Untuk Kerja Berat, Bukan Sekadar Gaya

Mengambil inspirasi daripada trak Super Duty pasaran Amerika Syarikat, model ini menerima fender lebih lebar, arch tayar berkotak dan tayar 33 inci General Grabber all-terrain yang dipadankan dengan rim 18 inci lapan lug. Ford turut menyediakan aksesori terus dari kilang seperti bash plate bawah bampar depan untuk meningkatkan sudut approach bersama ground clearance lebih tinggi.

Dari sudut prestasi, Ranger Super Duty menggunakan enjin 3.0 liter V6 turbodiesel yang menghasilkan 209 horsepower dan 600 Nm tork, disalurkan ke semua roda melalui transmisi automatik 10-kelajuan. Ia turut menawarkan beberapa mod pemanduan termasuk Normal, Eco, Tow-Haul, Slippery, Mud & Ruts, Sand dan Rock Crawl, menjadikannya sesuai untuk towing, tapak pembinaan dan off-road berat.

Payload, Towing Dan Keupayaan Off-Road Dipertingkat

Inilah bahagian yang benar-benar membezakan Super Duty. Ia hadir dengan gross vehicle mass (GVM) 4,500 kg dan gross combined mass (GCM) 8,000 kg, bersama kapasiti muatan sehingga 1,825 kg untuk versi double cab.

Kapasiti tunda berbrek pula mencecah 4,500 kg, menjadikannya antara yang terbaik dalam kelasnya.
Ford juga menaikkan ground clearance kepada 299 mm, lebih tinggi daripada Ranger Raptor, selain kemampuan meredah air sedalam 850 mm. Ini menjadikannya sebuah pikap yang benar-benar dibina untuk tugas berat, bukan sekadar imej rugged.

Kabin Moden Dengan Bantuan Pemandu Lengkap

Ruang dalaman masih mengekalkan DNA Ranger moden dengan skrin infotainmen potret 12 inci, namun Ford menambah barisan suis auxiliary di bahagian atas cermin pandang belakang untuk memudahkan pemasangan aksesori tambahan seperti lampu spot atau winch.

Turut tersedia ialah Integrated Device Mounting System, membolehkan tablet atau peranti kerja dipasang kemas pada bahagian penumpang hadapan. Dari segi keselamatan, Ranger Super Duty dilengkapi ADAS lengkap termasuk Trailer Backup Assist, Trail Control, Blind Spot Monitor, AEB, Rear Cross Traffic Alert, ACC dengan stop-and-go dan Lane Keeping Assist.

Auto Terkini Ford Ford Ranger Ford Ranger Super Duty trak off-road Trak pikap trak pikap ekstrem Trak pikap tahan lasak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    HEV

    #BIMS2026: Deepal Hunter K50, Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900 km

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.