Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Elektrifikasi»#BIMS2026: Deepal Hunter K50 – Trak Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900km
Elektrifikasi

#BIMS2026: Deepal Hunter K50 – Trak Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900km

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

JENAMA kenderaan elektrik (EV) dari China, Changan Automobile memperkenalkan Deepal Hunter K50 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026, yang didakwa sebagai trak pikap kenderaan elektrik ekstender jarak (REEV) pertama dunia.

Bagi pasaran Thailand, trak pikap itu ditawarkan dalam varian REEV Plus AWD pada harga 1,099,000 baht (RM135,610) dengan tempahan kini dibuka.

Teknologi REEV – EV Harian, Jarak Pemanduan Jauh

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Apa menjadikan Deepal Hunter K50 unik adalah penggunaan teknologi REEV, iaitu gabungan pemanduan elektrik penuh dengan enjin ekstender jarak.

Dalam mod EV tulen, trak  pikap itu  mampu bergerak sehingga 131km (NEDC) menggunakan kuasa bateri sahaja.

Bagi perjalanan lebih jauh, enjin 2.0L turbo GDI bersama generator akan diaktifkan automatik bagi menambah jarak tanpa mengganggu pengalaman pemanduan

Secara keseluruhan, Deepal mendakwa Hunter K50 mampu mencapai lebih 900km jarak keseluruhan dengan sekali cas penuh dan setangki penuh bahan api.

Lebih Pantas dari Trak Pikap Diesel

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Dari sudut prestasi, sistem AWD pintar menghasilkan kuasa gabungan 272 horsepower (200 kW) dan 470 Nm tork.

Pecutan 0-100 kmj hanya 7.9 saat, satu angka yang sangat mengagumkan untuk sebuah trak pikap. Deepal turut mendakwa respons kuasa hanya mengambil masa 0.4 saat, memberikan karakter pecutan yang lebih pantas berbanding pikap diesel konvensional.

Dibangunkan Untuk Jalan Thailand

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Changan berkata, Deepal Hunter K50 sudah menjalani ujian dunia sebenar sejauh 40,000km di Thailand bagi memastikan talaan casis, sistem kuasa dan ketahanan benar-benar sesuai dengan keadaan jalan serta cuaca tempatan.

Sistem dwi-kuasa itu juga membantu mengurangkan emisi karbon sehingga 87 peratsu berbanding trak pikap diesel tradisional.

Bateri LFP, Fokus Keselamatan

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Untuk bateri, Deepal Hunter K50 menggunakan sel litium-besi-fosfat (LFP) yang terkenal dengan kestabilan suhu dan tahap keselamatan lebih tinggi.

Struktur bateri pula dipasang dalam casis jenis struktur tahan rempuh seperti sangkar (cage-like crash resistant structure), dengan perlindungan tambahan di dalam casis rasuk (beam) bagi meningkatkan keselamatan ketika perlanggaran.

Kabin Premium, Senyap Macam Sedan

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Masuk ke ruang kabin, Deepal Hunter K50 hadir dengan kabin yang jauh lebih moden berbanding trak pikap tradisional.

Ia dilengkapi dua skrin 12.3 inci dan 7.5 inci, tuil gear jenis kolum (column-mounted), kerusi depan dengan ventilasi, pengecas telefon wayarles dan kawalan aplikasi telefon pintar. Pada halaju 100kmj, tahap bunyi kabin hanya 63dB, hampir setanding sedan premium.

Fungsi V2L untuk Aktiviti Luar

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Satu lagi ciri menarik adalah fungsi beban kepada kenderaan (V2L) dengan output maksimum 3.3 kW. Ini membolehkan Deepal Hunter K50 digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik seperti lampu, mesin kopi atau perkakasan perkhemahan.

Saiz Besar, Tunda 2.5 Tan

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026

Dari segi dimensi, Deepal Hunter K50 berukuran panjang 5,380mm, lebar 1,980mm dan tinggi 1,875mm, dengan jarak tinggi bumi 220mm.

Ruang kargo belakang bersaiz panjang 1,590mm, lebar 1,580mm, dan tinggi 490mm, lengkap dengan cangkuk penambat (anchor hook) bertetulang untuk muatan berat. Lebih penting, trak pikap itu mampu meredah air sedalam 600mm dan menawarkan kapasiti tunda sehingga 2.5 tan.

Waranti, Tawaran Pelancaran

Pembeli awal turut menerima pakej istimewa seperti insurans tahun pertama, pengecas rumah dengan pemasangan, kabel pengecas mudah alih, adaptor V2L dan servis pertama percuma.

Waranti kenderaan diberikan lima [5] tahun atau 120,000km, manakala waranti bateri sehingga lapan [8] tahun atau 160,000km.

Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
Trak pikap Deepal Hunter K150 | BIMS 2026
BIMS 2026 Changan Automobile Changan Hunter K50 Deepal Hunter K50 Kenderaan Elektrik Ekstender Jarak (REEV) Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026 REEV pickup truck Roda4 Trak pikap
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota bZ4X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM220,000!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.