Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Changan Lancar Jenama Keempat di Thailand – Nevo Q05, Malaysia Mungkin Menyusul
Roda4

#BIMS2026: Changan Lancar Jenama Keempat di Thailand – Nevo Q05, Malaysia Mungkin Menyusul

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, Changan, mungkin masih belum begitu dekat di hati pembeli Malaysia, namun jenama dari Chongqing, China ini sebenarnya semakin agresif di rantau Asia Tenggara. Selepas mengesahkan kemasukan Deepalke Malaysia tahun ini, termasuk kemunculan awal Deepal S07 di jalan tempatan, syarikat itu kini memperluaskan lagi pengaruhnya di Thailand dengan memperkenalkan jenama keempat, Nevo.

Sebelum ini, Changan sudah mempunyai tiga sub-jenama utama di Thailand, iaitu Avatr, Deepal dan Lumin. Kini, Nevo ditambah sebagai pilihan yang memfokuskan segmen affordable-premium, menawarkan produk yang lebih premium daripada model asas, tetapi masih kekal kompetitif dari segi harga.

Nevo Q05 Buat Kemunculan Pertama di BIMS

Model pertama di bawah jenama baharu ini untuk pasaran Thailand ialah Changan Nevo Q05, yang dipertontonkan hujung minggu lalu sempena Bangkok International Motor Show (BIMS).

Apa yang menarik tentang Q05 ialah posisinya dalam pasaran, sebuah SUV elektrik segmen C lima tempat dudukyang jelas disasarkan kepada pembeli keluarga urban yang mahukan ruang, teknologi dan jarak perjalanan yang baik.

Bateri LFP 51.9 kWh, Jarak 462 km

Dari sudut trenkuasa, Nevo Q05 menggunakan bateri 51.9 kWh lithium iron phosphate (LFP) yang memacu motor elektrik hadapan.

Motor tersebut menghasilkan 163 horsepower dan 190 Nm tork, dengan jarak perjalanan didakwa mencecah sehingga 462 km mengikut kitaran NEDC, satu angka yang cukup kompetitif untuk kegunaan harian dan perjalanan antara bandar.

Pengecasan DC Laju, AC Masih Sederhana

Untuk pengecasan, Q05 menyokong DC fast charging sehingga 162 kW, yang dilihat agak baik untuk kelasnya.
Namun, kadar pengecasan AC hanya sehingga 6.6 kW, lebih rendah berbanding beberapa pesaing yang kini sudah mula menawarkan 11 kW atau lebih.

Thailand Jadi Hub CKD Serantau

Setakat ini, harga rasmi masih belum diumumkan kerana model ini masih berada pada peringkat pratonton. Namun apa yang lebih penting ialah hakikat bahawa Nevo Q05 bakal menjadi model penumpang kedua yang dipasang di Thailand selepas Deepal S05.

Changan kini memiliki kilang pemasangan di Rayong dengan kapasiti awal sehingga 100,000 unit setahun, bukan sahaja untuk pasaran Thailand tetapi juga bagi eksport ke rantau sekitartermasuk potensi untuk Malaysia.

Ada Harapan Untuk Malaysia?

Ini bahagian yang paling menarik untuk pembaca tempatan. Struktur perniagaan Changan di Thailand diuruskan secara terus oleh syarikat jualan nasionalnya, dan pendekatan sama dijangka digunakan di Malaysia.

Pada November 2024, Changan telah mengumumkan pelantikan Bermaz Changan Sdn Bhd, subsidiari Bermaz Auto, sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Namun sehingga kini, masih belum ada perkembangan lanjut yang signifikan.

Apa Maksudnya Untuk Pasaran Tempatan?

Jika Deepal benar-benar dilancarkan tahun ini seperti yang dijangka, kemunculan Nevo sebagai jenama kedua untuk Malaysia bukan sesuatu yang mustahil.

Dengan pasaran EV tempatan yang semakin kompetitif, terutama dalam segmen SUV keluarga, Nevo Q05 berpotensi menjadi pesaing terus kepada model seperti BYD Atto 3, Proton eMas 7 dan beberapa SUV EV dari China yang lain.

Buat masa ini, semuanya masih bergantung kepada strategi Bermaz dan Changan untuk pasaran Malaysia, tetapi apa yang pasti, jenama ini semakin serius untuk mengukuhkan kedudukannya di ASEAN.

Auto Terkini Bangkok International Motor Show 2026 Changan Changan Nevo Q05 deepal kereta elektrik kereta elektrik terbaru SUV Elektrik SUV Segmen-C
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Rasmi Di Malaysia, Harga Anggaran RM260k!

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.