Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta Jerman, BMW mempamerkan BMW iX3 generasi baharu kod NA5 di Bangkok International Motor Show 2026 (BIMS 2026), kira-kira enam bulan selepas debut globalnya.

Lebih menarik, model yang dipamerkan kali ini hadir dalam konfigurasi pemanduan kanan (RHD) dan sudah pun mula dijual di Thailand dalam satu-satunya varian iX3 50 xDrive, pada harga 3,599,000 Baht (sekitar RM435,900).

Rekaan Neue Klasse Kini Jadi Realiti

Dari sudut visual, iX3 baharu ini membawa terus DNA konsep Vision Neue Klasse X ke model produksi. Antara elemen paling ketara ialah gril kidney bercahaya, bonet dengan rekaan ‘valley’ di tengah, serta garis tingkap yang lebih bersih tanpa kemasan getah yang jelas kelihatan.

Saiz keseluruhan juga hampir dengan X3 generasi semasa, dengan dimensi 4,782 mm panjang, 1,895 mm lebar dan 1,635 mm tinggi.

Dual-Motor AWD, 469 Horsepower

 

Varian 50 xDrive menggunakan sistem motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda. Motor hadapan menghasilkan 167 horsepower dan 255 Nm, manakala motor belakang menjana 326 horsepower dan 455 Nm.

Secara gabungan, output keseluruhan mencecah 469 horsepower dan 645 Nm tork. BMW mendakwa pecutan 0-100 kmj hanya 4.9 saat, dengan kelajuan maksimum 210 kmj.

Seni Bina 800V, Cas DC Sehingga 400 kW

Salah satu sorotan terbesar ialah penggunaan seni bina elektrik 800-volt, yang pertama untuk BMW. Sistem ini membolehkan pengecasan DC ultra-pantas sehingga 400 kW, dengan masa cas 10% ke 80% hanya 21 minit.

Lebih menarik, kadar cas maksimum ini boleh dikekalkan sehingga lima minit, satu kelebihan besar untuk perjalanan jauh. Untuk pengecasan rumah, ia menyokong 11 kW AC sebagai standard, dengan pilihan naik taraf kepada 22 kW AC.

Bateri 108.7 kWh, Jarak 805 km WLTP

BMW iX3 NA5 menggunakan bateri NMC 108.7 kWh usable capacity (116 kWh gross). Dengan satu cas penuh, SUV EV ini mampu bergerak sehingga 805 km mengikut kitaran WLTP, satu angka yang sangat impresif untuk kelasnya.

Turut tersedia ialah fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dengan output 3.7 kW untuk membekalkan kuasa kepada peranti luaran.

“Heart of Joy”, Otak Baharu BMW

BMW turut memperkenalkan sistem kawalan baharu yang dipanggil Heart of Joy.

Ia bertindak sebagai “superbrain” yang mengurus sistem pemanduan, brek, regenerative braking dan stereng, dengan kelajuan pemprosesan sehingga 10 kali lebih pantas berbanding unit kawalan biasa.

Pemanduan Semi-Autonomi Lebih Maju

Untuk bantuan pemanduan, model ini hadir dengan fungsi Motorway Assistant yang membolehkan pemandu melepaskan tangan daripada stereng untuk tempoh lebih lama di lebuh raya.

Turut ada Symbiotic Drive, yang membolehkan input kecil pada stereng atau brek tanpa mematikan sistem bantuan pemanduan sepenuhnya.

Kabin Futuristik Dengan Panoramic iDrive

Bahagian dalaman menerima perubahan paling besar dengan pengenalan Panoramic iDrive 17.9 inci. Selain itu, terdapat juga Panoramic Vision Display yang memanjang dari pillar ke pillar di bahagian bawah cermin hadapan. Sistem arahan suara “Hey BMW” turut dikekalkan untuk fungsi navigasi, hiburan dan kawalan kenderaan.

Ruang Simpanan Besar, Ada Frunk

Dari segi praktikaliti, iX3 menawarkan ruang but sehingga 1,750 liter. Di bahagian depan pula terdapat frunk 58 liter, sesuai untuk kabel pengecas atau barangan kecil.

Auto Terkini Bangkok International Motor Show 2026 BMW BMW Car BMW iX3 BMW NEUE KLASSE ev car kereta elektrik kereta elektrik terbaru SUV EV
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    HEV

    #BIMS2026: Deepal Hunter K50, Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900 km

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.