• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Malaysia Buka Bilik Pameran Baharu di KL, Lancar Panigale V4 R, Monster SP (2023)

Ducati Malaysia Buka Bilik Pameran Baharu di KL, Lancar Panigale V4 R, Monster SP (2023)

May 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI Malaysia secara rasmi melancarkan bilik pameran terbaharu bernilai RM1 juta di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Sempena pelancaran itu, Ducati Malaysia turut melancarkan dua model baharu dalam barisan prestasi tinggi legenda, iaitu Ducati Panigale V4 R dan Ducati Monster SP.

Ducati Panigale V4 R (2023)

Ducati Panigale V4 R (2023) ialah model yang dibina untuk tunggangan trek menerusi enjin Desmosedici Stradale R 998cc berkuasa 218hp @ 15,500rpm dengan had rev mencecah 16,500rpm.

Superbike ini mempunyai aerodinamik terkini seperti winglet aerodinamik yang menghasilkan daya mendap (downforce) yang sama seperti versi terdahulu, tetapi direka untuk mengurangkan seretan dan meningkatkan kestabilan.

Casis pula dioptimum untuk ketangkasan dan kejituan pengendalian.

Juga dilengkapi ciri elektronik termaju seperti mod maklumat baharu, Track EVO, dan mode strategi baharu seperti Power Mode, Ducati Quick Shift (DQS) dan perisian baharu Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO 2.

Datang dengan liveri R yang diilhamkan daripada jentera MotoGP dengan nombor  '1' diserlahkan.

Buat kali pertama, superbike ini dibina sebagai siri bernombor dengan nombor progresif dan nama model tertera pada rod stereng aluminium bilet.

Ducati Panigale V4 R (2023) ini dijual pada harga asas RM458,900.

Ducati Monster SP (2023)

Ducati Monster SP (2023) direka untuk meningkatkan keseronokan melalui ciri teknikal baharu buat penunggang yang sukakan tunggangan sporty dan bergaya dengan liveri ilham MotoGP.

Dijana enjin Testastretta 11° 937cc berkuasa 111hp dengan rekabentuk ekspresif yang menyerlahkan personaliti agresif.

Menggunakan suspensi Öhlins, kaliper Brembo Stylema, silenser homologasi Termignoni dan set tayar Pirelli Diablo Rosso IV yang memberikan kawalan dan keyakinan sepenuhnya.

Streetfighter ini turut dilengkapi sistem Ducati Quick Shift (DQS) sebagai ciri standard yang membolehkan anjakan gear dibuat lancar.

Ducati Monster SP (2023) akan dijual pada harga asas RM98,900.

BACA >>> Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
BACA >>> Ducati Scrambler (2023) Tiba di Rangkaian Pengedar Eropah Mac Ini

Ducati Panigale V4 R-
Ducati Panigale V4 R-1
Ducati Panigale V4 R-2
Ducati Panigale V4 R-3
Ducati Panigale V4 R-4
Ducati Panigale V4 R-5
Ducati Panigale V4 R-6
Ducati Panigale V4 R-7
Ducati Panigale V4 R-8
Ducati Panigale V4 R-9
Monster SP-
Monster SP-1
Monster SP-2
Monster SP-3
Monster SP-4
Monster SP-5
Monster SP-5
Monster SP-6
Monster SP-7
Monster SP-8

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ducati KL, Ducati Malaysia, Kuala Lumpur, Monster SP, Panigale V4 R, Pengedar Rasmi Ducati Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev