• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Benelli TNT 300 Jadi Ducati 899 Panigale

#BikinMotor: Benelli TNT 300 Jadi Ducati 899 Panigale

April 21, 2020 By AI Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA diberikan pilihan, memang ramai berangan-angan mahu memiliki motosikal besar berkuasa tinggi, tetapi apakan daya poket tidak mengizinkan. Tidak semua orang berkemampuan.

Namun, tidaklah salah melakukannya dengan cara tersendiri. Di Vietnam, pemilik streetfighter Benelli TNT 300 ini nekad mengubah suai motosikalnya itu menjadi abang besar yang lebih mewah. Kebetulan kedua-dua jenama itu berasal dari negara sama, Itali.

Apa dilakukan ialah mengubah suai model TNT itu kepada Ducati 899 Panigale.

BACA >>> Ducati Supersport & Supersport S (937cc, 113hp) Kini di Malaysia - Harga Bermula RM80,899

Lampu depan LED menggunakan unit Ducati yang langsung mengubah penampilan TNT 300 mirip superbike Ducati itu. Ramai yang keliru antara model tulen dan versi modifikasi melainkan anda pemilik superbike Ducati itu sendiri.

Prestasi TNT 300 ini ditala semula yang membolehkan enjin 300cc menjana kuasa 38.3hp @ 11,500rpm dan tork 26.5Nm @ 10,000rpm. Walaupun jauh sekali mampu menandingi kuasa 899 Panigale (146hp), tetapi sebenarnya sudah memadai. Brek cakera depan yang kecil adalah satu-satunya petanda yang TNT200 itu bukan Ducati original.

BACA >>> Benelli 302S (2020) Versi Kemas Kini Lancar di Amerika, Harga RM17.9k

Bahagian sisi dipadukan sistem ekzos SC-Project untuk mendapatkan hasil bunyi terbaik. Jentera seberat 196kg ini mampu mencapai kelajuan maksimum 158kmj, manakala kapasiti tangki 16 liter.

GALERI
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_5
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_1
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_3
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_6
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_4
Benelli TNT 300 Jadi 899 Panigale_2

SUMBER: MaxAbout

Artikel Berkaitan

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: benelli, Benelli TNT 300, bikin motor, bikinmotor, Ducati, Ducati 899 Panigale, Modifikasi, Restorasi, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my