• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Toyota Tundra PIE Pro – Kereta Pikap untuk Buat Pizza!

#BikinKereta: Toyota Tundra PIE Pro - Kereta Pikap untuk Buat Pizza!

November 8, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 yang sedang berlangsung, ada satu lagi acara popular dianjurkan sebelum itu pada penghujung Oktober lalu, di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Acara dimaksudkan itu ialah Pameran Persatuan Pasaran Barangan Spesial (SEMA) 2018.

Antara  menarik perhatian ialah Toyota melalui kereta pikap Tundra yang diubah suai secara ekstrem. Enjin asal Tundra digantikan trenkuasa Mirai. Ini bukan kenyataan gurauan kerana Mirai ialah kereta janaan sel bahan api hidrogen. Lebih aneh, pikap mutasi itu dipasangkan alatan memasak piza di ruang kargo belakang.

BACA >>> Volkswagen Tarok Concept - Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!

Kereta pikap itu, dikenali Tundra PIE Pro, dibina Pusat Teknikal Toyota Motorsports (MTCI) dengan kerjasama Pizza Hut dan Nachi Robotic Systems. Asas kepada projek itu ialah model Tundra SR5 dan dimulakan dengan segala perkakasan ditanggalkan hingga tinggal casis. Walaupun Mirai ialah model Toyota yang sangat baharu, ia mencatatkan jualan memberangsangkan, iaitu sebanyak 4,000 unit terjual sejak September lalu.

Ruang kargo Tundra PIE Pro dimuatkan kelengkapan memasak pizza, dipangil MCTI sebagai 'The Kitchen'. Dapur dilengkapi peti sejuk, sepasang lengan robotik yang digerakkan komputer dan ketuhar boleh alih. Sama seperti pikap, komponen memasak dikuasakan trenkuasa sel bahan api hidrogen elektrik.

Walaupun dimasak di belakang pikap, proses diperlukan untuk memasak pizza hanya mengambil masa antara 6-7 minit, tidaklah lama sangat pelanggan menunggu!

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Supra 2JZ yang Masih Bergetah Seperti Mak Dara

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Modifikasi, Pameran SEMA 2018, pizza, Pizza Hut, Roda4, SEMA, SEMA 2018, Toyota, Toyota Tundra, Toyota Tundra PIE Pro, Toyotan Tundra SR5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my