Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Kereta»#BikinKereta: Honda Civic EK3 yang Kupinang dan Kutimang
Bikin Kereta

#BikinKereta: Honda Civic EK3 yang Kupinang dan Kutimang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGUBAH SUAI atau menaik taraf sesebuah jentera nampak mudah. Tetapi proses berkenaan memerlukan kesabaran tinggi bagi mendapatkan hasil yang diinginkan selain perlu mengeluarkan modal yang banyak. Kerana itulah ada sesetengah modifikasi kenderaan mengambil masa bertahun-tahun lama kerana fulus tidak cukup.

BACA >>> #BikinKereta: Honda EG6 – Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia

Kali ini kami memaparkan Honda Civic EK3 yang dijaga sempurna si tuan kereta. Sekali imbas sudah pasti pemilik melaburkan wang yang banyak untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar. Menyerlahkan lagi penampilan model popular ialah pemilihan aksesori Mugen untuk hampir keseluruhan badan jentera.

Sementara itu, bahagian roda dilengkapkan rim MF10 yang menjadi idaman ramai kaki kereta di luar sana. Lampu depan pula menggunakan titanium EK9 dan lampu belakang Sonar.

BACA >>> Honda Civic ES 1.7 Shin Rara – Sama Cantik, Sama Padan!!!

Masuk ke dalam kabin, pemandu disambut stereng Mugen FG360 bersama boss kit Worksbell. Turut kelihatan ialah meter EK9 Mugen, bersama aksesori Mugen lain seperti meter Defi, tombol gear dan pedal. Sokongan badan pemandu ditingkatkan dengan pemasangan tali keledar Takata.

SUNTIKAN NADI PRESTASI

Bahagian nadi tidak dilupakan, enjin B18CR menerima sedikit suntikan prestasi supaya tampil perkasa di atas jalan raya. Bahagian kepala silinder ditempatkan aci sesondol (camshaft) Toda yang diikat puli boleh laras Buddy Club.

BACA >>> Ariel Atom 4 dengan Enjin Honda Civic Type R – 315hp, 0-100kmj Sepantas 2.8 Saat

Kuasa yang terhasil dihantar ke roda melalui kotak gear nisbah 3 dan 4 dengan pacuan akhir OS Giken bersama klac Ogura di dalamnya. Unit ECU Hondata yang digunakan pula memastikan segala aktiviti enjin diuruskan sempurna.

Sistem suspensi boleh laras Aragosta menjamin keselesaan penumpang dan pemandu sepanjang berada dalam kabin. Tugas menghantar keluar gas karbon diserahkan kepada ekstraktor Mugen 4-2-1 yang diikat kemas pada enjin.

SPESIFIKASI

HONDA CIVIC EK3

MODIFIKASI ENJIN: B18C Type R, pelindung enjin Mugen, ekstraktor Mugen 421, muffler Skunk2, aci engkol Toda A, club cam pulley Buddy
TRANSMISI:  Klac Ogura, nisbah 3 4 OS Giken, pacuan akhir OS Giken
ELEKTRONIK: Hondata
SUSPENSI & CASIS: Suspensi Aragosta, bar Mugen
SISTEM BREK: Asal, pad brek Bendix Metal King
DALAM: Stereng Mugen FG360, boss kit Worksbell, kluster meter Mugen EK9, Defi Mugen, tombol gear Mugen, pedal Mugen, tali pinggang Takata
LUARAN: EK9 Mugen Aero, lampu depan titanium EK9, lampu belakang Sonar
RODA & TAYAR: MF10 16-inci

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
aksesori Mugen Bikin Kereta Honda Honda Civic Honda Civic EK3 Modifikasi Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Kereta

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Roda2

Honda UC3, skuter EV 122km Kini di Thailand dan Vietnam, sekitar RM17 ribu!

15/01/2026
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025
Roda4

Toyota Vellfire HEV 2026 Kini di Malaysia, Harga RM549,800!

13/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.