Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!
Bikin Auto

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

Abang HirataBy Abang Hirata17/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TRICK Rides yang merupakan syarikat baik pulih terkemuka dari Amerika Syarikat memperkenalkan hasil kerja terbaharu mereka iaitu Shelby GT350TR.

Syarikat yang dimiliki oleh Jason Engel dan Jarred Morris ini dikenali dengan kepakaran mereka menggabungkan seni kerja tradisional bersama teknologi terkini.

Projek terbaharu ini merupakan terjemahan semula salah satu model Shelby paling ikonik dalam sejarah automotif.

Dibuat sepenuhnya di bengkel seluas 31,000 kaki persegi milik mereka di Yukon, Oklahoma, jentera ini dihasilkan dengan rasa hormat yang mendalam terhadap legasi Carroll Shelby.

Ia menggabungkan warisan klasik dengan kejuruteraan moden untuk menghasilkan sebuah kereta berprestasi yang memfokuskan kepada pemanduan litar namun tetap mengekalkan jiwa asal sebuah GT350.

Rangkaian Kuasa

Nadi utama Shelby GT350TR direka untuk memberikan prestasi luar biasa sambil mengekalkan pengalaman pemanduan analog.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin Coyote 5.0L V8 dengan pengecas lampau (supercharger) yang mampu menghasilkan 700 hp.

Kuasa tersebut disalurkan ke roda melalui transmisi manual enam kelajuan TREMEC T56 Magnum.

Sistem ekzos pula dihasilkan secara tempahan khas menggunakan Ultimate Headers dan penyenyap MagnaFlow bagi memastikan aliran udara yang optimum.

Selain itu, Trick Rides turut menawarkan pilihan enjin 427 inci padu (7.0 liter) stroker aspirasi semula jadi (N/A) bagi pelanggan yang mahukan karakter penyampaian kuasa yang berbeza.

Casis dan Pengendalian

Bagi memastikan prestasi pemanduan yang mantap, Shelby GT350TR dibangunkan di atas casis moden daripada Roadster Shop.

Bahagian hadapan dilengkapi suspensi bebas manakala bahagian belakang menggunakan sistem empat pautan parallel (parallel 4 bar) yang dipadankan dengan gandar belakang 9 inci Pro Iron.

Kawalan pengendalian diperkukuhkan lagi dengan penggunaan penyerap hentak Fox serta bar ayun bersaiz besar pada bahagian hadapan dan belakang.

Jentera ini menggunakan rim Forgeline tiga bahagian yang dibalut dengan tayar Continental gred Z untuk cengkaman maksimum.

Sistem hentian pula menggunakan kaliper brek Baer enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang bersama rotor jenis berlubang dan berliang.

Reka Bentuk Luaran dan Kemasan

Walaupun mengekalkan panel badan daripada keluli, beberapa sentuhan moden telah disepadukan secara teliti pada bahagian badan.

Di antaranya termasuklah pemasangan kaca hadapan dan belakang jenis rata (flush mount) serta penggunaan lampu belakang LED rekaan khas Trick Rides.

Butiran estetik lain termasuklah penggunaan pemegang pintu, engsel dan cermin sisi daripada Ringbrothers.

Walaupun menerima banyak naik taraf moden, identiti visual sebagai sebuah GT350 tetap diutamakan supaya ia memberikan perasaan sejati sebaik sahaja pemandu memegang stereng.

Harga dan Pasaran

Shelby GT350TR ditawarkan dalam pelbagai pilihan skema warna mengikut permintaan pelanggan. Harga bagi sebuah ikon Amerika ini bermula daripada $339,000 (kira-kira RM1,374,645).

Spesifikasi Teknikal Shelby G.T.350TR

  • Enjin Coyote 5.0L V8 32 Injap dengan Pengecas Lampau 700 hp
  • Transmisi Manual Tremec T56 Magnum
  • Pilihan Enjin 7.0 liter N/A 427 Stroker
  • Tiang Stereng Flaming River Tilt
  • Panel Badan Keluli
  • Lampu Belakang LED Trick Rides
  • Bampar dan Depan GT350TR
  • Pemegang Engsel dan Cermin Ringbrothers
  • Ekzos Ultimate Headers dan Penyenyap Magnaflow
  • Modul Penyejukan Wizard
  • Rim Hadapan Forgeline 3 Piece 18X8
  • Rim Belakang Forgeline 3 Piece 18X11
  • Tayar Hadapan Continental Z rated 225/40/18
  • Tayar Belakang Continental Z rated 315/30/18
  • Brek Hadapan Baer 6 omboh
  • Brek Belakang Baer 4 omboh
  • Rotor Berlubang dan Berliang
  • Casis Roadstershop
  • Gandar Belakang 9 Inci Pro Iron
  • Suspensi Belakang Parallel 4 Bar
  • Suspensi Hadapan Bebas Roadstershop IFS
  • Bar Ayun Hadapan dan Belakang Bersaiz Besar
  • Penyerap Hentak Fox
Shelby Shelby GT350TR Trick Rides
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.