Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante
Auto Terkini

Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

Abang HirataBy Abang Hirata17/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI peminat dunia automotif mengenali Jeremy Clarkson. Beliau bertahun-tahun bekerja untuk TopGear sebelum berhijrah ke rancangan Grand Tour. Beliau juga menjadi kolumnis automotif untuk akhbar The Sunday Times.

Walaupun pembaca hanya boleh melihat hitam putih huruf, gaya penulisan jurnalis permotoran asal Yorkshire, England itu langsung tiada beza dengan versi pengacaraannya. Penuh dengan humor, sinikal, dan menghiburkan serta pada masa sama bermaklumat.

BACA >>> Volvo XC60 Menang Anugerah Kereta Terbaik Dilancarkan Tahun Lalu (2017) – AutoTrader

Apabila sudah berada pada aras tinggi, apakah langkah seterusnya buat Clarkson? Ya, mempunyai anugerah automotif atas nama sendiri. Apakah pula kereta pilihannya?

JEREMY’S CLARKSON COTY

Anugerah Kereta Terbaik 2018 Jeremy Clarkson (Jeremy’s Clarkson Car of the Year) ialah supercar dari Itali, Lamborghini Huracán Performante. Anugerah itu diserahkan sendiri Clarkson kepada Pengarah Lembaga Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Lamborghini, Maurizio Reggiani dalam satu majlis bertempat di ibu pejabat News Corp di London pada 12 Oktober lalu.

News Corp ialah syarikat induk kepada The Sunday Times dan The Sun yang menganjurkan anugerah automotif buat kali pertama. Kenapa Clarkson memilih Huracán Performante? Berikut kenyataan beliau dalam gaya bahasa yang seperti biasa perlu dicerna sendiri;

“Ini ialah kereta yang menyerlah lebih daripada apa pun. Anda masuk dan tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran, cuma apa yang pasti ialah benda ini bagus. Ada sesuatu mengenainya, bukan kelajuan atau rekabentuk. Hanya sebuah kereta yang saya ada perasaan tersebut sepanjang 12 bulan lalu dan ia Lamborghini Huracán Performante.”

Itulah jawapan Clarkson yang ringkas dan penuh makna. Beliau boleh menulis apa saja sebab dalam dunia cuma ada seorang Jeremy Clarkson.

Huracán Performante tampil dengan sistem aerodinamik aktif dan pemvektoran aero dengan paten hakcipta sendiri. Varian Spyder pula memiliki sensasi sendiri, iaitu pemanduan dengan tiupan angin di kepala dan ngauman enjin V10 aspirasi natural (NA) yang mampu memecut 0-100 kmj sepantas  2.9 saat dengan kelajuan maksimum 325 kmj.

BACA >>> ‘Lamborghini Urus China’ Bakal Lancar dengan Harga Mampu Milik

Anugerah Kereta Tahun 2018 Jeremy Clarkson Auto Terkini Jeremy Clarkson Jeremy's Clarkson Car of the Year Jeremy's Clarkson COTY Lamborghini Lamborghini Huracan Lamborghini Huracán Performante
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.