Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BHPetrol, KKDW Meterai MoU Perkasa Inisiatif Teknologi Hijau, ESG
Auto Terkini

BHPetrol, KKDW Meterai MoU Perkasa Inisiatif Teknologi Hijau, ESG

SyafieBy Syafie24/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) terus menunjukkan komitmen dalam hala tuju kelestarian syarikat dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama lapan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) demi memperkasa inisiatif teknologi hijau dan komitmen terhadap alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) selain meningkatkan ekonomi Bumiputera.

Berikut lapan agensi terlibat dalam MoU tersebut:

  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA)
  • MARA Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc.)

Ada tiga objektif utama jalinan kerjasama adalah:

  • Pembangunan stesen minyak BHPetrol di kawasan luar bandar bagi kemudahan rakyat mendapatkan bekalan minyak bersubsidi.
  • Pemasangan panel solar PV di 50 stesen minyak BHPetrol terpilih bagi mencapai matlamat tenaga rendah karbon, mengurangkan jejak karbon, dan mempromosikan tenaga bersih.
  • Membuka peluang penempatan dan pemasaran produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah MARA di lebih 300 kedai serbaneka BHPetrol.

BHPetrol dan KKDW juga akan terus mempelbagai usahasama melalui idea strategik demi mendukung misi dalam pembangunan mampan bagi industri peruncitan komersial.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, kolaborasi ini dapat melengkapi sebahagian dasar Malaysia MADANI dalam usaha pembangunan negara mampan dan sebagai anak Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Boustead Holdings Berhad.

Syarikat ini juga akan sentiasa komited dan berusaha bergerak seiring agenda nasional.

Alam Sekitar Auto Terkini Boustead Petroleum Marketing (BHPetrol) ESG Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia Madani memorandum persefahaman (MoU)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.