• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bezza Terbalik Dirempuh Civic di Lampu Isyarat

Bezza Terbalik Dirempuh Civic di Lampu Isyarat

January 10, 2022 By Farah Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu Perodua Bezza berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya berpusing beberapa kali dan terbalik apabila dirempuh sebuah Honda Civic di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak, malam tadi.

Dalam insiden jam 8.20 malam itu, Civic tersebut turut melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Perodua Myvi, Proton Saga dan sebuah lagi Bezza (hitam). Bagaimanapun, semua pemandu terlibat tidak mengalami kecederaan parah.

BACA >>> Kemalangan Tiga Kereta di LDP, Netizen Siasat Siapa Salah, X70 atau Bangkai Anjing?

Menurut polis, kemalangan berpunca daripada pemandu Civic hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Pemandu Civic  berusia 45 tahun itu kini ditahan dan dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan urin yang menunjukkan keputusan negatif. Kes akan disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semalam, tular rakaman video dan gambar di Facebook Asal Gombak menunjukkan beberapa buah kenderaan kemalangan termasuk Bezza yang terbalik di atas jalan. Turut kelihatan, orang ramai membantu seorang pemandu dipercayai pemandu Bezza yang cedera di bahagian tangan.

BACA >>> Bezza Potong Q di Lampu Isyarat, Polis Hantar Saman Sampai ke Rumah
BACA>>>  Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

kemalangan-4-kereta-gombak-1
kemalangan-4-kereta-gombak-2
kemalangan-4-kereta-gombak-3
kemalangan-4-kereta-gombak-4
kemalangan-4-kereta-gombak-5
kemalangan-4-kereta-gombak-6

SUMBER: Kosmo | FBAsalGombak

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bezza terbalik, Honda Civic, kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my