• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bestune E01 - SUV Elektrik China dengan Pembantu Holografik 3D

Bestune E01 - SUV Elektrik China dengan Pembantu Holografik 3D

August 23, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI automotif China mungkin paling terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, tetapi kini sedang dalam proses pemulihan. Terbaharu, satu lagi model kenderaan elektrik penuh didedahkan untuk pasaran negara itu, Bestune E01.

Bestune ialah jenama daripada First Auto Works (FAW) yang sebelum ini dikenali sebagai 'Besturn'. Model ini dijangka memasuki pasaran China bulan depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mempunyai bonet panjang dan set lampu depan tirus. Selain lekuk sisi, kehadiran hendal pintu pop-out dan rim aerodinamik adalah antara ciri luaran paling menarik pandangan.

Dari belakang, Bestune E01 memiliki spoiler yang menghiasi sepanjang bumbung, lampu belakang LED dan bar lampu lebar penuh. Dimensi SUV ini ialah 4,639mm panjang, 1,880mm lebar  dan 1,640mm tinggi dengan jarak roda 2,810mm. Dengan berat 1,810kg, SUV mampu memuatkan lima penumpang.

Ciri dalaman paling unik ialah unit kristal 'pembantu holografik' tiga dimensi (3D) atas papan pemuka. Pemandu boleh memilih pelbagai watak holografik berbeza selain gadis anime berskirt mini seperti foto di atas. Papan pemuka juga mempunyai skrin infotainment sentral besar dan kuster instrumen digital penuh. Skrin sentuh ketiga juga digunakan untuk mengawal pelbagai fungsi kenderaan seperti kawalan klimat.

Bestune E01 dijana motor elektrik berkuasa 190hp yang menghasilkan  tork 320Nm daripada pek bateri 61.34kWh. SUV ini mampu memecut kelajuan maksimum 170kmj, manakala jarak pemanduan mengikut julat kitaran pemanduan Eropah baharu (NEDC) adalah sejauh 450km.

BACA >>> Polestar 2 - Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

GALERI
bestune-e01-4
bestune-e01-2
bestune-e01-3
bestune-e01-5
bestune-e01-13
bestune-e01-12
bestune-e01-11
bestune-e01-10
bestune-e01-8
bestune-e01-9
bestune-e01-6
bestune-e01-7

SUMBER: CarScoops

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bestune E01, Holografik 3D, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV China, SUV Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev