Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Volkswagen Semakin Utuh Di Malaysia
Auto Terkini

BERITA AUTO: Volkswagen Semakin Utuh Di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen_Assembly_Plant_Pekan45BERSEMPENA sambutan ulang tahun Volkswagen Malaysia yang ke-9, sekumpulan rakan media termasuk Pandulaju.com dibawa merasai pengalaman eksklusif melawat kilang pemasangan automotif itu di Pekan, Pahang.

Bermulalah dari proses pemasangan sehingga ia boleh dipandu, kami diberi pendedahan dan penerangan serta melihat sendiri proses pemasangan kenderaan Volkswagen. Antara model-model Volkswagen yang terlibat dengan proses pemasangan tempatan (CKD) adalah seperti Passat, Jetta, Polo Sedan dan Polo Hatchback.

P1210037-001Pengarah Urusan VGM, Armin Keller berkata, kilang di Pekan adalah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang untuk pertumbuhan dan pengembangan yang mapan di Malaysia.

Tambahnya lagi, ia juga adalah pencapaian utama Volkswagen menghasilkan kenderaan dengan kejuruteraan Jerman pada harga yang berpatutan buat rakyat Malaysia selain menawarkan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak.

Volkswagen_Assembly_Plant_Pekan04Sepanjang lawatan itu, kami dibawa ke kawasan produksi kilang untuk melihat sistem kimpalan lazer (Laser Welding System). Teknologi canggih ini menyambungkan bumbung kenderaan dengan bahagian tepi kenderaan secara sekali gus untuk mendapatkan kemasan yang berkualiti tinggi dan kedapan bunyi lebih baik.

Lebih menaraik, kilang ini adalah satu-satunya saluran pemasangan automotif di dunia yang mampu memasang empat model berbeza di dalam satu saluran Body Shop dengan menggunakan peralatan Volkswagen Framer yang eksklusif.

Volkswagen_Assembly_Plant_Pekan17Semenatara itu, Pengurus Kilang Volkswagen Pekan, Bruno Torres berkata, Volkswagen berada di barisan hadapan dari segi inovasi. Ia menjadi peneraju dalam membangunkan rangkaian produk dan model bertaraf dunia yang ekstensif.

” Di Malaysia, kami telah menetapkan satu penanda aras yang tinggi, konsisten dengan konsep Das Auto apabila menghasilkan kereta di sini.

” Konsep Das Auto yang bermaksud ‘Kereta’ (The Car) merangkumi semua perkara mengenai kereta. Bagi Volkswagen, sebuah kereta bukan sekadar kereta. Ia adalah menifestasi kejuruteraan Jerman, inovasi, kemajuan teknologi dan pada masa yang sama mesra alam. Kini, Volkswagen menawarkan 15 kenderaan dalam portfolionya dengan empat daripadanya dipasang dalam negara,” ujarnya lagi.

Armin Keller Bruno Torres Das Auto Kilang Volkswagen Pekan Pahang Volkswagen Group Malaysia Volkswagen Jetta Volkswagen Malaysia Volkswagen Passat Volkswagen Polo Volkswagen Polo sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.