• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Volkswagen Golf GTE Masuk Pasaran Malaysia Tahun Depan

BERITA AUTO: Volkswagen Golf GTE Masuk Pasaran Malaysia Tahun Depan

December 16, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

P1250619SELAIN memperkenalkan langkah-langkah transformasi dalam aspek jualan dan selepas jualan, Volkswagen Malaysia turut mempamerkan empat model terbaharunya di acara Das Event, baru-baru.

PASSAT B8

Diperkenalkan buat pertama kalinya di Asia, pengeluar kenderaan dari Jerman itu mempamerkan model sedan eksekutif terbaharunya, Passat B8.

P1250596P1250566    P1250628

P1250662  P1250659  P1250655  P1250653Mula melakukan debut premier di peringkat dunia dalam acara Paris Motor Show pada tahun ini, Passat B8 menerima pembaharuan dari segi rekaan, enjin dan teknologi baharu.

Ia juga hadir dengan sistem ketersambungan, kecekapan dan ciri keselamatan tercanggih. Selain itu, ia turut menawarkan sistem bantuan pemandu, infotaimen dan keselesaan terkini yang menjadikan aspek mobiliti lebih selamat, mapan dan saling berhubung.

GOLF GTE

Selain Passat b8, Volkswagen turut memperkenalkan Golf GTE – model plug-in hybrid pertama yang memiliki DNA Golf GTI. Dengan menggabungkan aspek sporty dan kelestarian, Golf GTE menawarkan prestasi luar biasa yang diwarisi daripada model Golf GTI dan sifar emisi apabila menggunakan E-mode.

P1250598P1250626Dari aspek penggunaan bahan api, ia hanya menggunakan 1.5L bagi setiap 100km dengan jarak perjalanan sejauh 939km dalam mode hibrid. Lebih mengagumkan, Golf GTE mampu memecut laju sehingga 222kmj dengan pecutan dari sifar ke 100kmj hanya mengambil masa sepantas 7.6 saat.

P1250646Ia juga tidak memerlukan sebarang struktur khas untuk mengecas, malah ia boleh dicaj penuh dalam tempoh kurang empat jam menggunakan soket konvensional. Wakil media turut dimaklumkan Volkswagen Malaysia bakal membawa Golf GTE pada tahun depan.

e-Up

Satu lagi tumpuan utama dalam Das Event ini adalah volkswagen e-Up! – kenderaan elektrik Volkswagen yang menawarkan sifar emisi.

P1250557P1250632    P1250635

P1250638    P1250555P1250625Dengan sifar penggunaan bahan api dan tiada bunyi bising, kereta elektrik termaju Volkswagen ini mampu menyediakan prestasi tork memberangsangkan iaitu 210Nm dan mampu bergerak sejauh 157km.

Apa-apa pun, mari kita nantikan kemunculan model ini tidak lama lagi.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: DNA Volkswagen, Model Baharu Volkswagen, Volkswagen e-Up, Volkswagen Group Malaysia, Volkswagen GTE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my