• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Trak Ringan Isuzu Jadi Pilihan TNB

BERITA AUTO: Trak Ringan Isuzu Jadi Pilihan TNB

April 24, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Isuzu_TNB - Pandulaju.comISUZU Malaysia menerusi pengedarnya, Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd (ACM), anak syarikat DRB-HICOM Group (DRB-HICOM) menyerahkan lebih 60 unit trak tugas ringan Isuzu yang telah diubah suai kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).  Majlis itu adalah penyerahan fasa pertama daripada 200 unit trak kepada TNB untuk tempoh dua tahun akan datang.

Dengan jumlah pembelian bernilai RM31 juta, majlis penyerahan kunci replika disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka kepada Naib Presiden Pengedaran TNB, Datuk IR Baharin Din.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Operasi Automotif, Pengedaran Automotif dan Pengilangan DRB, Datuk Hisham Othman, Presiden Kesatuan Pencantuman Pekerja-pekerja (K3P), Abu Hussin Nekmat, Pengurus Besar Kanan Jabatan Perolehan &  Pengurusan Vendor TNB, Abidi Ambak dan Ketua Pegawai Operasi Automotive Corporation (Malaysia), Chin Tan Hee.

Isuzu_TNB - Pandulaju.comMenerusi pembelian trak-trak tugas ringan Isuzu itu, ia dijangka dapat menambah baik aspek khidmat pelanggannya dengan menggantikan trak-trak sokongan yang semakin uzur.

Trak-trak itu akan digunakan dalam operasi dan khidmat sokongan di kawasan luar bandar. Ia akan dibekalkan kepada pihak pengedaran TNB di seluruh negara.

Isuzu_TNB - Pandulaju.comBerucap di majlis penyerahan tersebut, Matsuoka berbesar hati kerana trak Isuzu telah ditugaskan untuk memenuhi semua keperluan TNB selepas menjalani proses penilaian produk serta ujian perbandingan yang ekstensif selama beberapa bulan.

Tambah Matsuoka lagi, pihaknya komitmen bahawa perkhidmatan selepas jualan dan latihan teknikal khas Isuzu Malaysia menerusi ACM kepada pihak TNB adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu TNB mengekalkan keupayaan semua kenderaan tersebut.

" Latihan kepada kakitangan TNB yang terlibat di seluruh negara telah pun dijalankan yang merangkumi latihan di dalam kelas melibatkan aspek penyelenggaraan asas trak dan seminar pemanduan eco (teknik-teknik pemanduan yang menjimatkan bahan api)," katanya lagi.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd (ACM), Isuzu Malaysia, TNB, Trak RIngan Isuzu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my