• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: SISMA Auto Raikan Ulang Tahun Ke-20

BERITA AUTO: SISMA Auto Raikan Ulang Tahun Ke-20

June 19, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SISMA Auto's first ever dual brand roadshow at Bangsar Shopping Centre saw Jaguar and Land Rover vehicles being showcased side by sideThe Jaguar F-Type S Convertible shared the spotlight with the all-new Range Rover Sport at SISMA Auto's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre   The all-new Range Rover Sport shared the limelight with the Jaguar F-Type S Convertible at SISMA Auto's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre

SISMA Auto Sdn Bhd, pengimport tunggal dan pengedar eksklusif jenama Jaguar di Malaysia bertekad menjadi pemain utama bagi jenama Jaguar Land Rover.

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berbangga apabila syarikatnya terus diberi kepercayaan mengendalikan satu lagi jenama terkemuka British selepas menguruskan jenama Jaguar di Malaysia sepanjang dua dekad lalu.

“ Kini kami sudah memasuki era baharu untuk melihat potensi pertumbuhan besar bagi kedua-dua jenama iaitu Jaguar dan Land Rover bagi pasaran tempatan.

" Di Malaysia, kami baru saja melancarkan Range Rover Sport serba baharu manakala Jaguar F-Type coupe dan F-Type R bakal tiba tidak lama lagi.

" SISMA Auto bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan jualan kukuh bagi dua jenama besar ini dan kami juga sudah memulakan jualan dan servis kenderaan Land Rover di pusat 4S di Glenmarie, Selangor yang dilengkapi peralatan serta alat diagnostik terkini," katanya ketika meraikan sambutan ulang tahun ke-20 di Bangsar.

Tambah Syed lagi, pihaknya kini giat menambah pelaburan menaik taraf dan meluaskan rangkaian dalam usaha memenuhi keperluan pengguna yang kian meningkat selain bakal membuka pusat pameran dalam masa terdekat.

SISMA Auto MD Syed Khalil Syed Ibrahim (L) and Chairman Syed Hussain Syed Mohamed at the company's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre

SISMA Auto kini memperolehi 40 peratus kepentingan dalam Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd milik Sime Darby Motors pada April lalu. Syarikat usaha sama baru ini kemudian ditukar nama kepada Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd yang kemudiannya dilantik sebagai pengimport eksklusif Jaguar dan Land Rover di Malaysia.

Dalam pada itu, SISMA Auto kini sedang mengadakan pameran bergerak dengan mempamerkan pelbagai model kenderaan Jaguar dan Land Rover terbaharu di Kompleks beli-belah Bangsar sehingga 22 Jun ini.

Antaranya Jaguar XF, XJ, F-Type, Range Rover Evoque, Land Rover Discovery 4 dan Range Rover Sport baharu. Selain itu, ia turut menawarkan promosi ulang tahun eksklusif bagi semua model, termasuk kadar pembiayaan 1.68 peratus, pakej aksesori bernilai RM10,000 dan jam tangan EPOS SISMA edisi terhad.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: F-Type, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, Jaguar XF, Land Rover Discovery 4, Pengarah Urusan SISMA Auto, Range Rover Evoque, Range Rover Sport, Sime Darby Motors, SISMA AUTO, Syed Khalil Syed Ibrahim, XJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • India Tawar KTM 250 Adventure (2023)  dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
    India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
  • Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
    Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
  • Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my