• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Rekod Terbaik Mercedes-Benz Malaysia Sepanjang 11 Tahun

BERITA AUTO: Rekod Terbaik Mercedes-Benz Malaysia Sepanjang 11 Tahun

April 23, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SONY DSCMERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) mencatat rekod jualan sebanyak 1,886 unit pada suku pertama (S1) 2015, meningkat 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada jumlah jualan itu, MBM sudah menyerahkan 967 unit kenderaan pada bulan Mac kepada pemiliknya, jumlah yang terbaik dalam sejarah 11 tahun syarikat itu dengan peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding tempoh sama 2014.

Model E300 BlueTEC Hybrid merekodkan jualan tertinggi. Sejak diperkenalkan pada Januari lalu, varian ini menyumbangkan jualan sebanyak 638 unit pada S1. Turut menyumbang jualan pada S1 adalah model S400L Hybrid dengan jualan 270 unit.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Roland Folger, berkata jualan pada 2015 yang memberangsangkan ini adalah satu permulaan baik buat MBM.

" Jualan memberangsangkan bagi kedua-dua model hibrid (E300 dan S400L) nyata berjaya membuktikan pelaburan kami berbaloi yang mahu menjadi hab pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) di rantau ini," katanya.

SONY DSCSalah satu sumbangan kejayaan jualan MBM adalah Kereta Kompak Generasi Baharu (NGCC). Dengan pengenalan model CLA dan GLA pada 2014, ia meningkat sebanyak 33 peratus berbanding S1 tahun lalu yang menyumbang kepada 418 unit tahun ini.

Dalam pada itu, MBM turut mengesahkan bakal melancarkan model C-Class versi pemasangan tempatan (CKD) pada hujung minggu ini yang akan dijual pada harga RM269,888. Turut tidak ketinggalan, jentera sport AMG GT juga bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CKD, E300 BlueTEC Hybrid, Jualan Terbaik, MBM, Mercedes-Benz Malaysia, NGCC, S400L Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev