• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pusat 3S Proton Di Johor Bahru

BERITA AUTO: Pusat 3S Proton Di Johor Bahru

November 18, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

pic 1SEJAJAR dengan program transformasi menaik taraf dan meingkatkan mutu perkhidmatannya di seluruh negara, PROTON Holdings Bhd (PROTON) melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) berwajah baharu di Pasir Gudang, Johor.

Di bawah pengendalian Kulis Auto Sdn Bhd yang sudah menjadi pengedar PROTON sejak sembilan tahun lalu, pusat 3S itu menelan pelaburan sebanyak RM5juta.

Menerusi pusat 3S dinaik taraf itu, ia dijangka dapat memberikan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggan di sekitar kawasan Kota Tinggi, Plentong, Johor Jaya, Masai dan Ulu Tiram.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi berkata, pembukaan 3S dinaik taraf ini bukan saja berperanan sebagai galeri jualan malah mahu menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti buat pemilik kenderaan PROTON.

" Ia dilengkapi lapan ruang servis dan mampu menyenggara sebanyak 15 kenderaan sehari," katanya.

pic 4 (1)Selain pusat servis, ia juga dilengkapi ruangan menunggu, bilik mesyuarat, Astro dan sambungan Wi-Fi. Sementara itu pada majlis yang sama,  PROTON turut menyampaikan dua unit Iriz buat pelanggannya.

Sehingga kini, PROTON sudah memiliki 270 pusat servis seluruh negara di mana 166 daripadanya adalah 4S. Buat masa ini, 47 pengedarnya akan beroperasi tujuh hari seminggu dan selebihnya bakal bermula pada Januari 2015.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kulis Auto Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi, Pusat 3S Proton di Johor Bahru, Pusat 3S wajah baharu Proton di Johor Bahru

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my