• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: PEKEMA Riders Club Dilancarkan

BERITA AUTO: PEKEMA Riders Club Dilancarkan

April 28, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

PRC18Apr2015PERSATUAN Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyasarkan 500 keahlian bagi kelab motosikal yang baharu ditubuhkan, PEKEMA Riders Club atau PRC dalam tempoh setahun pertamanya.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Yang DiPertua PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman dan Pengerusi PRC, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

Menurut S.M. Zulkifli, keahlian kelab berpotensi mencecah 10,000 berdasarkan jualan motosikal oleh ahli-ahli PEKEMA dan para pelanggan layak untuk menyertai dan mendaftar sebagai ahli PRC.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat Superbike Motortrade International Sdn. Bhd. berkata, PRC berkonsepkan `terbuka’ iaitu tanpa struktur pengurusan organisasi, dengan PRC berperanan sebagai platform kepada aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

" Tujuan utama penubuhan PRC adalah sebagai satu medium perantara bagi Yayasan PEKEMA untuk melakukan aktiviti CSR di seluruh negara selain beriadah dengan aktiviti menunggang motosikal.

" Di samping itu, penubuhan kelab ini adalah membantu dan menyokong ahli-ahli melibatkan diri secara sihat dalam aktiviti pemotoran dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti keselamatan jalan raya, disiplin menunggang secara konvoi dan sebagainya," katanya lagi.

Yayasan PEKEMA adalah badan yang bergiat aktif dalam khidmat masyarakat seperti memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, mangsa banjir, kemalangan dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, Yayasan PEKEMA menerusi PRC memberi sumbangan bernilai lebih RM100,000 kepada empat penerima yang telah dipilih iaitu Mohd. Zulkefli Razali (RM4,000) untuk rawatan kanser; Amran Ahmad (RM5,000) untuk menampung kos pembedahan mata anak beliau; Norisam Mohd. Jaafar (RM20,000) bagi menampung kos pembedahan baiki tengkorak kepala anak beliau dan Persatuan Pendakwah & Orang Asli Islam Kuala Kangsar (RM75,000).

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk SM Zulkifli SM Amin, Datuk Zainuddin Abdul Rahman, PEKEMA, PEKEMA Riders Club, PERSATUAN Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, PRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my