Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Nissan X-Trail Generasi Ketiga Kini di Malaysia
Auto Terkini

BERITA AUTO: Nissan X-Trail Generasi Ketiga Kini di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/12/2014
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

The All-New Nissan X-Trail w ModelEDARAN Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) kini sudah membuka tempahan bagi model Nissan X-Trail serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Difahamkan, model pemasangan tempatan (CKD) itu akan mula menembusi pasaran tempatan pada penghujung Januari, tahun depan.

Model yang mula melakukan debut di peringkat dunia pada acara Frankfurt Motor Show 2013, sebelum dilancarkan ke pasaran Jepun pada Januari 2014 bakal hadir dalam dua varian iaitu 2.0L 2WD dan 2.5L 4WD.

Lebih membanggakan, Nissan X-Trail generasi ketiga itu kini menjadi salah satu model SUV terlaris di Jepun. Selain Jepun, ia juga sudah dijual di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Filipina, Indonesia dan Thailand.

IMG_1320TEKNOLOGI INOVATIF

Hadir dengan rekaan sporty dan digabungkan bersama teknologi inovatif, Nissan X-Trail serba baharu mampu menjadi antara SUV yang serba boleh untuk menghadapi apa jua jenis jalan mahupun perbezaan cuaca.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng berkata, Nissan sudah menjual lebih 250,000 unit Nissan X-Trail serba baharu di seluruh dunia sejak dilancarkan pada Januari lalu.

Tambah Keng Meng, ia juga telah memenangi pelbagai anugerah di beberapa buah negara seperti Indonesia, Mexico dan UK.

” Kami sangat teruja dapat memperkenalkan salah sebuah SUV paling popular di dunia ke pasaran Malaysia dan yakin akan menerajui segmen ini,” katanya.

CIRI BAHARU

Selain kehadiran rekaan lebih segar dan dinamik, X-Trail serba baharu turut menampilkan teknologi kawalan chasis termaju yang pertama seumpamanya di dunia.

IMG_1382IMG_1366    IMG_1341

IMG_1327    IMG_1337IMG_1368Antaranya, sistem Active Ride Control yang berfungsi mengurangkan pergerakan atau olengan tubuh kenderaan dirasai oleh pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek.

Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai kuasa brek enjin untuk membantu pemandu mengurangkan kelajuan apabila membelok atau hendak memberhentikan kenderaan.

Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control iaitu yang pertama disematkan pada kenderaan Nissan berfungsi mengagihkan tekanan brek kepada roda tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer dan membantu pemandu mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh.

DUA VARIAN

Aspek mekanikal, varian 2.0L 2WD dijana unit enjin MR20DD bersama sistem pancitan terus bahan api dan Twin CVTC yang mampu menjana kuasa sebanyak 142hp pada 6,000rpm dan tork 200Nm (4,400rpm).

Bagi varian tertinggi iaitu 2.5L 4WD, ia dikuasakan unit enjin QR25DE-k2 dengan CVTC yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 170hp pada 6,000rpm dan tork 233Nm (4,000rpm).

IMG_1350Kedua-dua varian ini dilengkapi kotak gear Xtronic CVT Generasi Seterusnya dengan mode manual 7-kelajuan serta sistem ECO mode untuk menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Selain itu, varian 2.5L juga dilengkapi dengan sistem All Mode Intelligent 4×4 (4×4-i) yang menawarkan pilihan di antara pacuan dua roda, Auto Mode atau Lock Mode untuk pacuan empat roda sepanjang masa.

IMG_1351IMG_1357    IMG_1333

IMG_1345    IMG_1343IMG_1360Ciri-ciri lain yang memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada pelanggan ialah tempat duduk ‘Sifar Graviti’ yang membantu mengurangkan kepenatan serta sistem yang memudahkan urusan memarkir kenderaan iaitu 360° Around View Monitor, pertama dalam kelasnya.

Nissan X-Trail serba baharu dijangka dijual pada harga bawah RM170,000 untuk varian 2.5L 4WD dan RM150,000 bagi 2.0L 2WD. Lima warna ditawarkan; perak (Tungsten Silver), hijau zaitun (Titanium Olive), hitam (Diamond Black), biru (Graphite Blue) dan putih (Brilliant White).

Sekiranya berminat, tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan seluruh negara dengan penghantaran kepada pelanggan yang akan bermula pada Januari 2015.

All Mode Intelligent 4x4 (4x4-i) Nissan X-Trail 2.0L 2WD Nissan X-Trail 2.5L 4WD Nissan X-Trail Generasi ketiga Tan Keng Meng Tembahan Nissan X-Trail Generasi Ketiga Dibuka
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Track Day Pertama di Sepang

20/01/2026
MotoGP

#MotoGP2026: Ducati Rai 100 Tahun Dengan Liveri Rosso Centenario

20/01/2026
MotoGP

#MotoGP2026: Prima Pramac Yamaha Lancar Liveri, Era Baharu YZR-M1 V4

20/01/2026
Auto Terkini

MAA Anggar TIV 2026 Susut 3.8 Peratus. Apa Puncanya?

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.