• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Kempen Keselamatan Nissan Didik Pengguna Jalan Raya

BERITA AUTO: Kempen Keselamatan Nissan Didik Pengguna Jalan Raya

September 11, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

15 ETCM Wraps Up Nissan Safety Campaign 2014EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) pada sabtu lalu menganjurkan sesi Pengalaman Pemanduan Selamat Nissan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang, Selangor.

Sepanjang program selama enam jam, peserta didedahkan cara mengelak kemalangan, mengawal kereta yang tergelincir, brek kecemasan dan teknik melalui slalom dalam sesi kursus halangan.

Di bawah seliaan tenaga pengajar profesional, para peserta juga dinilai menerusi satu siri ujian untuk mengukur tahap kemahiran pemanduan mereka. Tujuan hanya satu, iaitu memberi keyakinan dan melengkapkan para peserta dengan teknik pemanduan yang betul serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku ketika memandu.

06 Nissan Safety Driving Experience_Accident AvoidancePengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, penganjuran kempen ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat bagi memastikan pelanggan memandu dengan lebih selamat ketika di jalan raya selain menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan.

“Secara keseluruhannya, Kempen Keselamatan Nissan 2014 menerima maklum balas memberangsangkan dengan penglibatan lebih 1,000 orang peserta.

" Pengetahuan dan kemahiran keselamatan jalan raya yang diperolehi sememangnya mampu melindungi para peserta dan mereka yang tersayang di jalan raya. Ini bukan program yang bersifat sekali sahaja. Para pelanggan kami boleh menyertai lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.” katanya.

Dalam pada itu, David Chen turut mengumumkan nombor Pusat Penjagaan Pelanggan Nissan kini sudah digabungkan menjadi satu nombor sahaja iaitu 1800-88-3838 dalam usaha menawarkan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggannya. Ia beroperasi 24 jam dengan menawarkan servis yang ekstensif seperti Bantuan di Tepi Jalan, Temu Janji Servis, selain pertanyaan mengenai produk dan promosi jualan.

Sebagai tambahan, ETCM telah mengambil langkah proaktif untuk terus menambah baik dan meningkatkan pengalaman selepas jualannya. Ini termasuklah pengembangan rangkaian dan melanjutkan waktu operasi di bengkel-bengkel serta cawangannya.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1800-88-3838, Datuk David Chen, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kempen keselamatan Nissan, Pusat perkhidmatan pelanggan Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
  • Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
    Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my