• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari 2014

BERITA AUTO: Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari 2014

October 21, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

BS2ISUZU Malaysia menjadi penaja Borneo Safari 2014 bagi lapan tahun berturut-turut sekaligus membuktikan keupayaan syarikat automotif gergasi dari Jepun bagi cabaran 4x4 paling sukar di Asia.

Memasuki edisi ke-24, Isuzu Malaysia sekali lagi bekerjasama bersama Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA) dalam usaha menjayakan program itu.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida menyatakan kegembiraannya kerana dapat melibatkan diri dalam acara yang berprestij dan dinamik seperti Borneo Safari.

“Acara ini telah menjadi sokongan kepada peminat pemanduan off-road di peringkat serantau dan global. Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada acara hebat ini yang mencabar manusia dan mesin hingga ke hadnya. Untuk menguasai cabaran seperti ini, ia benar-benar memerlukan hanya yang terbaik,” kata Ishida.

Seperi kebiasaan, Isuzu Malaysia bakal menyediakan kenderaan rasmi untuk media yang akan akan membawa rakan-rakan media menempuh laluan sukar di dalam trak pikap Isuzu D-MAX yang selesa, tahan lasak dan selamat.

Seunit Isuzu D-MAX V-Cross 3.0 baharu akan disediakan buat rakan media yang turut menerima modifikasi minimum pada beberapa komponen tambahan untuk berdepan dengan keadaan sukar yang sering dialami di dalam hutan Borneo. Ia termasuklah ‘snorkel’ udara, tayar ‘off-road’, pemijak sisi tahan lasak dan ‘winch’. Walaupun dengan sedikit penambahan, Isuzu D-MAX tetap mampu mengikuti kenderaan lain yang menyertai konvoi tersebut dengan cemerlang sepanjang lapan hari acara berlangsung.

Borneo Safari kali ke-24 adalah acara tahunan yang akan mengambil masa selama lapan hari, bermula di Kota Kinabalu pada 26 Oktober 2014. Acara pada tahun ini akan membawa para peserta menempuh laluan mencabar di pusat Sabah. Ini termasuklah satu perhentian di kawasan tanah tinggi yang amat mencabar di Pusat Pemuliharaan Imbak Canyon.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isuzu D-Max V-Cross 3.0, Isuzu Malaysia, Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari 2014, Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my