• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO:: Honda Malaysia Panggil Balik 87,182 Unit Kenderaan

BERITA AUTO:: Honda Malaysia Panggil Balik 87,182 Unit Kenderaan

May 26, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

HONDA Malaysia memanggil semula 87,182 unit meliputi beberapa model keluarannya yang dikilangkan di antara 2002 hingga 2008 berikutan masalah beg udara Takata.

Inisiatif yang diambil oleh Honda Malaysia menerusi kempen itu adalah bagi menggantikan alat pengembung beg udara baharu pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Mengikut rekod, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat kerosakan pada bahagian beg udara. Walau bagaimana, ia tidak melibatkan model baharu Honda yang dikilangkan bermula 2009 dan ke atas.

Berikut adalah antara beberapa model mengikut tahun yang terlibat;

  • City (2003 – 2008)
  • Civic (2003 – 2008)
  • CR-V (2002 – 2007)
  • Jazz (2004 – 2006)
  • Stream (2004 – 2005)

Dalam pada itu, Honda Malaysia akan menghantar notis kepada semua pemilik yang terlibat untuk membuat temu janji di pusat servis bertauliah seluruh negara bagi proses penggantian.

Kerja-kerja penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat ganti sudah ada dan semua kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma  1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

MODEL TERLIBAT PADA BAHAGIAN PEMANDU

MODELTAHUN DIKILANGKAN
City2004 - 2006
Civic2006
CR-V2007
Jazz2006

MODEL TERLIBAT PADA BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN

MODELTAHUN DIKILANGKAN
City2003 – 2008
Civic2003 – 2008
CR-V2002 – 2007
Jazz2004 – 2006
Stream2004 - 2005

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda City, Honda Civic, Honda CR-V, Honda Jazz, Honda Malaysia, Honda Stream, Panggil Balik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my