• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Honda HR-V Bakal Tiba Febuari Depan

BERITA AUTO: Honda HR-V Bakal Tiba Febuari Depan

January 7, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda HR-V Compact SUV.SELEPAS pelancaran di Thailand dan Indonesia, kini masa yang dinanti-nanti sudah tiba apabila Honda Malaysia bakal melancarkan model SUV kompak baharunya, Honda HR-V pada Febuari ini.

Biarpun  masih belum dilancarkan secara rasmi, Honda Malaysia sudah membuka tempahan bermula 6 Januari (semalam) di kesemua 77 pusat jualannya seluruh negara. Walau bagaimana, Honda Malaysia tidak mendedahkan harga jualan sebenar model ini dan kami menjangkan ia dijual di bawah harga RM120,000.

Bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat model ini boleh mengunjungi pusat beli-belah terpilih iaitu di Mid Valley, Kuala Lumpur (6-11 Januari), Sunway Carnival, Penang (9-11 Januari), Avenue K, Kuala Lumpur (12-14 Januari), Paradigm Mall, Petaling Jaya dan KSL Mall, Johor Bahru (16-18 Januari) serta Village Mall, Sungai Petani (23-25 Januari).

Honda HR-V Compact SUV.REKAAN DINAMIK

Nama HR-V diambil daripada (Hip & Smart Runabout Vehicle) yang menampilkan ciri dinamik, keselesaan dan keselamatan sebuah SUV. Ia disifatkan sebagai kenderaan generasi baharu yang bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang merancang untuk memiliki kenderaan baharu.

Dibangunkan berasaskan platform Honda City dan Jazz, HR-V dijana unit enjin i-VTEC SOHC bersesaran 1.8L bersama kotak gear CVT di bawah Teknologi Earth Dream Honda. Bukan saja berprestasi tinggi, HRV dan pada masa sama turut menawarkan  penjimatan bahan api yang mengagumkan.

The All-New CRV Will Be Hitting Malaysian Shores in February 2015SELESA

Dari aspek dalaman, ruangan kabin HR-V diserlahkan menerusi kehadiran  konsol tengah yang tinggi selain penggunaan brek parkir elektrik yang juga model pertama Honda yang menggunakan ciri itu.

Untuk keselesaan, SUV kompak ini memberikan sudut pandangan lebih luas buat pemandu menerusi penambahbaikan pada kelebaran dan sudut palang hadapan.

2015-Honda-HR-V-interiorAntara ciri lain pada ruangan kabin adalah kehadiran meter ambien menarik, port USB dan HDMI, tujuh pemegang cawan, paparan audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci dengan enam pembesar suara, kawalan pemanduan, Mod ECON, Bantuan ECO, butang penghidup enjin, dan panel penyaman udara sentuhan auto.

Aspek keselamatan pula, HR-V dibina menggunakan kerangka tubuh yang kukuh, stabil dan ringan. Keseronokan pemanduan turut ditingkatkan menerusi kabin yang lebih senyap dan kurang getaran (NVH).

Pelbagai ciri keselamatan turut tersedia pada HR-V termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara.

Sama-sama kita nantikan hari pelancaran Honda HR-V pada bulan hadapan. Harap-harap harga ditawarkan mampu membuatkan kita tersenyum.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Harga Honda HR-V, Honda HR-V, Honda HR-V Dilancarkan Febuari 2015, Honda Malaysia buka tempahan Honda HR-V, Jualan Honda HR-V bermula, Tempahan Honda HR-V Dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my