• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: HINO Lancar Kilang Baharu Di Sendayan

BERITA AUTO: HINO Lancar Kilang Baharu Di Sendayan

August 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Negeri Sembilan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan and State Secretary Dato' Haji Mat Ali Hassan and Japan Ambassador Dr Makio Miyagawa being briefed by staff at the Hino Motors Sendayan plantHINO Motors Ltd, pengeluar trak dan bas di Jepun, membuka lembaran baharu menerusi pembukaan kilang pengeluarannya yang pertama di Malaysia. Menelan perbelanjaan sebanyak RM172juta, HINO Motors Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (HMMMY) yang terletak di Sendayan TechValley itu dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan.

Dibina atas tapak keluasan 170,000 meter persegi, kilang ini dilengkapi ciri keselamatan inovatif seperti kawasan pemeriksaan statik dan dinamik yang berasingan serta ruang tinjauan khas untuk pelawat.

Keupayaan pengeluaran 10,000 unit setahun membolehkan Hino mengeluarkan rangkaian penuh produk syarikat itu yang merangkumi trak tugasan ringan, sederhana dan berat, serta bas untuk pasaran tempatan.

Hino Motors Manufacturing Malaysia plant in Sendayan_Office Block_2Pengarah Urusan HMMMY, Ikuo Shibano berkata, pembangunan kilang ini penting bagi Hino Motors di mana ia mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam segmen kenderaan komersial di Malaysia.

" Ini jelas menunjukkan komitmen HINO untuk memenuhi permintaan pelanggan tempatan. HINO berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama kenderaan komersil paling laris negara ini pada 2013,"katanya.

View of Hino Motors Manufacturing Malaysia's Sendayan plant_1.jpgSementara itu pada majlis yang sama, Hino Motors turut mengumumkan pembangunan kilang fasa kedua berkeluasan 57,240 meter persegi sedang dijalankan. Ia meliputi 12 petak ruang pemeriksaan sebelum penyerahan, 12 petak ruang pemasangan aksesori, satu ruang mengecat dan ruangan penyerahan trak serta bas.

Projek yang menelan kos kira-kira RM12 juta itu dijadualkan siap pada November hadapan juga menempatkan Pusat Sokongan Mutlak Pelanggan yang bakal dikendalikan oleh Hino Motors Sales Malaysia dengan matlamat memberi latihan kepada pelanggan tentang teknik memandu secara selamat dan mesra alam.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Mohamed Hasan, HINO, Hino Malaysia, HINO Motors Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, Hino Motors Sales Malaysia, HMMMY, Kilang Hino Sendayan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my