Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: GWM M4 Versi CKD
Auto Terkini

BERITA AUTO: GWM M4 Versi CKD

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/12/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

1st roll outSELEPAS diperkenalkan pada Julai lalu, Great Wall Motors (GWM) menerusi syarikat sekutunya, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Auto) kini mengumumkan M4 versi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman memaklumkan pihaknya sedia memperkenalkan model M4 seperti mana mengikut perancangan yang sudah ditetapkan. GWM menerusi kilangnya di Gurun, Kedah mampu menghasilkan sehingga 24,000 unit kenderaan setahun melalui operasi dua syif.

Whole TeamMenerusi pengumuman itu, M4 transmisi manual bakal menemui pemiliknya tidak lama lagi manakala transmisi automatik pula akan mula dihantar menjelang penghujung Januari 2015.

Bagi mereka yang masih belum kesempatan memandu uji M4, bolehlah rujuk ulasan pandu uji GWM M4 bertransmisi manual yang sudah disiarkan Pandulaju.com. Ulasan pandu uji boleh dibaca di SINI.

P1210511TIGA VARIAN

M4 ditawarkan dalam tiga varian iaitu standard, Comfort dan Premium (spesifikasi tertinggi). Ketiga-tiga varian ini dijana unit enjin yang sama.  Hasil janaan ‘jantung’ GW4G15 bersesaran 1.5L, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm(4,200rpm).P1210458

P1210453-001    P1210442

P1210483  P1210481  P1210443  P1210440Lebih menggembirakan, kesemua model didatangkan dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 6-kelajuan. Berdasarkan ujian dilakukan, M4 mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6L per 100km.

Melihat keseluruhan rekabentuk, ia tampak menarik dengan kehadiran lampu siang. Gril hadapan tampak ringkas dan elegan selain lampu kabus. M4 dibina di atas tapak roda bersaiz 2,383mm, sepanjang 3,961mm, selebar 1,728mm dan setinggi 1617mm.

FUTURISTIK

Memasuki ruang dalaman, M4 hadir dengan rekaan futuristik, ringkas dan padat. Biarpun dijual pada harga mampu milik, M4 dilihat tidak ‘kedekut’ memberi pelbagai aksesori dan ciri tambahan. Ruangan papan pemuka tampil ringkas selain stereng dibaluti kulit bersama jahitan benang berwarna merah.

Antara ciri menarik adalah roof rails, rim aloi 16 inci (Comfort & Premium), empat brek cakera, kemasukan tanpa kunci (spesifikasi tertinggi), kerusi dibalut kulit, sistem audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi, kamera undur dan banyak lagi.

P1210475P1210474    P1210431

P1210464    P1210469Bagi memastikan kesemua pelanggan mendapat perkhidmatan lepas jualan lebih baik,  GWM kini memiliki 20 pengedar di seluruh Malaysia dan mahu menambah kepada 65 pengedar menjalang 2018.

Aspek keselamatan, M4 lengkap dilengkapi dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km batu perbatuan, pengguna ditawarkan enam pilihan warna menarik; hitam, oren, perak, putih, merah dan biru.

Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd Great Wall Motors GWM M4 GWM M4 Automatik GWM M4 CKD GWM M4 Manual GWM M4 Review GWM M4 Versi CKD Pandu uji GWM M4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Tempahan di Malaysia

    16/04/2026
    Auto Terkini

    PMX: Malaysia Utamakan Bekalan Bahan Api Domestik Sebelum Eksport ke Australia

    16/04/2026
    Auto Terkini

    Tokti Terlibat Kemalangan di Lebuhraya MEX, Alami Cedera Ringan

    16/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Uji Keselamatan Bateri Secara Terbuka di Malaysia, Lulus Ujian Api Ekstrem

    16/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.