• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Ford Mustang Baharu Tiba Di Malaysia

BERITA AUTO: Ford Mustang Baharu Tiba Di Malaysia

March 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

2015 Ford Mustang

PERGHH!!! Ford Mustang baharu sudah tiba di Malaysia. Bagi anda yang ingin melihat lebih dekat, boleh ke Publika di Solaris Dutamas bermula 11 Mac (hari ini) hingga 15 Mac 2015.

Kehadiran model ikonik Ford Mustang yang tiba di Malaysia lebih awal daripada jadual sepatutnya (Disember 2015) sudah pasti menggembirakan peminatnya. Sempena meraikan 50 tahun pengeluarannya, kereta sports Amerika Syarikat (AS) ini bakal memasuki pasaran global dan Malaysia antara destinasi pasaran pemanduan sebelah kanan yang akan menerima Mustang baharu.

2015 Mustang Media Drive in L.A.

Bagi pasaran tempatan, Mustang ditawarkan dalam versi fastback dan convertible. Pelanggan boleh memilih antara enjin 5.0L V8 berkuasa 435hp dan tork setinggi 530Nm atau EcoBoost® bersesaran 2.3L dengan kuasa 310hp.

Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di AS, Mustang antara kereta paling popular di dunia dengan lebih 9 juta unit berjaya dijual sehingga kini. Ia benar-benar merevolusikan segmen kereta sports menerusi keunikan kombinasi rekabentuk tersendiri dan berprestasi tinggi.

Maklumat lanjut, sila layari www.ford.com.my atau www.facebook.com/FordMalaysia, manakala untuk mengetahui lebih lengkap mengenai kedudukan Mustang dalam budaya pop, layari www.youtube.com/FordMustang.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Ford Motor Company, Ford Mustang 2015, Ford Mustang baharu, Publika Solaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my