• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: ETCM Buka 3S Pertama Di Kuching

BERITA AUTO: ETCM Buka 3S Pertama Di Kuching

June 25, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

01 ETCM Kuching 3S Centre_ExteriorSELARAS perkembangan rangkaiannya di seluruh negara, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) terus agresif menerusi pelancaran pusat 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Kuching, Sarawak.

Majlis perasmian disempurnakan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk James Chan Khay Syn dan disaksikan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen.

Berucap pada majlis tersebut, David Chen berkata, pusat 3S Kuching adalah yang pertama di Kuching dan juga paling besar di Malaysia Timur dalam usaha  memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan.

Menurutnya, ETCM komited menawarkan produk yang berkualiti dan servis selepas jualan terbaik bagi memenuhi permintaan serta ekspektasi pelanggan

“ Tahun lalu, ETCM berjaya menjual 5,000 unit kenderaan Nissan di Timur negara di mana separuh daripadanya adalah dari Sarawak dengan pertumbuhan lebih 20 peratus berbanding 2012.

" Menerusi pembukaan rangkaian baharu ini, ia selaras bagi menampung keperluan pengguna dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

02 Dato James Chan_Mayor of Kuching City South Signed the Plaque at the Launch of the ETCM Kuching 3S Centre   02 ETCM Kuching 3S Centre_Showroom_1

MAMPU MENYELENGGARA 130 UNIT KENDERAAN SEHARI

Dibina atas tapak berkeluasan 42,000 kaki persegi, 3S ini dilengkapi 23 ruang servis dengan kemampuan menyelenggara sehingga 130 unit kenderaan sehari

Selain pusat servis, ia turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruangan menunggu, bilik mesyuarat, Astro , WiFi percuma, sudut kanak-kanak dan ruang pameran yang mampu memuatkan sehingga lapan unit kenderaan pada satu masa sama.

Maklumat lanjut mengenai ETCM, pelanggan boleh hubungi talian bebas khidmat pelanggan 1800-88-8368 atau layari www.nissan.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk David Chen, Datuk James Chan Khay Syn, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, ETCM kuching, Nissan 3S Kuching, Pengarah Eksekutif ETCM, Pertama di kuching

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev