• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: ETCM Anjur Kempen Keselamatan 2014

BERITA AUTO: ETCM Anjur Kempen Keselamatan 2014

August 5, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Safety Driving Experience InvitationBERITA baik buat pemilik kenderaan Nissan di Malaysia. Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan menganjurkan Program Pemanduan Selamat pada 6 September hadapan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang, Selangor.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri bermula sekarang hingga 29 Ogos depan dengan menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau e-mel ke [email protected] Penyertaan adalah berdasarkan 'siapa cepat dia dapat' dan peserta perlu membayar yuran sebanyak RM100.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, penganjuran kempen ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat bagi memastikan pelanggan memandu dengan lebih selamat ketika di jalan raya selain menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan.

" Saya ingin menjemput pemilik kenderaan Nissan agar dapat menyertai program ini bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang pastinya memberi manfaat kepada peserta," katanya.

Sepanjang program selama enam jam, peserta akan didedahkan cara mengelak kemalangan, mengawal kereta yang tergelincir, brek kecemasan dan teknik melalui slalom dalam sesi kursus halangan. Para peserta juga akan dinilai menerusi satu siri ujian untuk mengukur tahap kemahiran pemanduan mereka.

Maklumat lanjut mengenai Kempen Keselamatan Nissan 2014, bolehlah melayari  www.nissan.com.my.

BengkelProgram Pemanduan Selamat
Tarikh6 September (Sabtu)
WilayahTengah
LokasiMARDI, Serdang
Yuran PendaftaranRM100/seorang (Maximum 2 orang untuk setiap kenderaan)

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk David Chen, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kempen Keselamatan 2014, Program Pemanduan Selamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my