• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Enam Pelanggan Shell Ke London

BERITA AUTO: Enam Pelanggan Shell Ke London

August 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

(L-R) Liau Chia Chin, Loh Yew Sing, Tan Chin Purn_ Shell Lubricants' Seow Lee Ming, Leslie Ng, Alex Lim and Kong Shad Foon, Chan Meng Fei, Khoo Teik Seng and Tan Chung LaySEBAGAI tanda penghargaan, Shell Rimula memilih enam pelanggan bertuah untuk berentap dalam cabaran Shell Rimula Heavyweight 2014, sekali gus memenangi lawatan VIP yang dibiayai sepenuhnya pihak Shell ke London, England, September ini.

Chan Meng Fei,29, Khoo Teik Seng,39, Liau Chia Chin, Loh Yew Sing,53, Tan Chin Purn,27, dan Tang Chung Lay,47, adalah antara enam pelanggan bertuah mewakili Malaysia yang akan bersaing bersama 12 negara lain dalam cabaran ini.

Sepanjang tempoh cabaran, peserta diuji pelbagai ujian yang menuntut kerjasama berpasukan dalam usaha melepasi halangan sebelum dapat dinobatkan sebagai Juara Shell Rimula Heavyweight.

Pengurus Jenama Global Shell Rimula, Seow Lee Ming berkata, pihaknya sentiasa melakukan inovatif, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas semua bagi produk Shell.

“Cabaran Shell Rimula Heavyweight adalah acara tahunan bermatlamatkan ganjaran kepada pengguna setia produk Shell. Kami mahu berikan satu pengalaman dan kenangan berharga buat pelanggan Shell yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Tambah Lee Ming, di Shell, pihaknya turut membezakan diri daripada pesaing sebagai penyedia penyelesaian minyak pelincir mutlak bagi pengendali angkatan kenderaan.

" Kami mempunyai penyelesaian produk dan perniagaan yang khusus dengan portfolio lengkap produk yang canggih dari segi teknologi untuk melindungi setiap komponen tali pacuan daripada kehausan, asid dan enapan," katanya lagi.

Penyertaan Shell Rimula Heavyweight 2014 adalah terbuka kepada semua pelanggan yang membeli minyak pelincir Shell Rimula R4, R5 atau R6 sepanjang tempoh peraduan bermula 1 April hingga 30 Jun ini.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: London, Seow Lee Ming, Shell Malaysia, Shell Rimula, Shell Rimula Heavyweight 2014

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my