• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: AXA Drive Didik Jadi Pemandu Hemah

BERITA AUTO: AXA Drive Didik Jadi Pemandu Hemah

August 30, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

P1220360AXA Affin General Insurance Bhd. (AXA Affin) memperkenalkan aplikasi telefon pintar terbaharunya, AXA Drive yang juga adalah aplikasi pertama digunakan dalam usaha mendidik rakyat Malaysia menjadi pemandu yang bijak. Caranya mudah, aplikasi boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play dengan carian 'AXIA Drive'. Ia adalah percuma.

Menerusi aplikasi ini, corak pemanduan pengguna akan direkodkan dan markah diberikan bagi setiap kategori disediakan. Pengguna boleh berkongsi markah diperoleh di laman-laman sosial seperti facebook, Twitter dan Google+ untuk mencabar rakan lain.

Selain itu, aplikasi itu juga boleh diguna pakai untuk semua jenis kenderaan termasuk pengguna motosikal, bas mahupun lori. Namun harus ingat, telefon pintar perlu berada dalam keadaan statik semasa menggunakan aplikasi ini. Sekiranya tidak, ia akan mempengaruhi markah anda.

app-axa-driveKetua Pegawai Eksekutif AXA Affin, Emmanuel Nivet berkata, pengguna boleh mengetahui gaya pemanduan mereka dari segi kelajuan, cara membrek dan mengambil selekoh yang dikumpulkan dalam aplikasi tersebut.

Menurutnya, penggunaan aplikasi itu amat bersesuaian memandangkan negara ini berada pada kedudukan di antara yang tertinggi dalam statistik kemalangan jalan raya di seluruh dunia.

Aplikasi AXA Drive adalah antara produk inovasi yang dihasilkan menggunakan teknologi telematik dan pengesan pergerakan bagi menggalakkan pemanduan berhemah dalam kalangan masyarakat.

Tambah Nivet, kajian yang dijalankan oleh Universiti Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada Februari 2014 mendapati Malaysia antara 25 negara yang mempunyai tahap keselamatan jalan raya yang berbahaya kepada pengguna.

Kajian itu juga mendapati Malaysia mencatatkan 30 kematian daripada setiap 100,000 pengguna jalan raya. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi AXA Affin, Tan Sek Kee dan Naib Presiden Eksekutif AXA Affin, Rebecca Tan.

Photo Aug 29, 6 12 49 PMSementara itu, AXA Affin menyasarkan 20,000 pengguna akan memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh setahun. Untuk rekod, 400,000 pengguna sudah memuat turun AXA Drive di peringkat global.

Berita baik juga bagi pengguna yang menggunakan aplikasi ini, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mengambil bahagian dalam peraduan ,Jadilah Pemandu yang Selamat' dengan meletakkan #AXADriveMY bagi setiap skor yang dikongsi di laman-laman sosial. Mudah bukan! Layari www.axa.com.my untuk maklumat lanjut.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #AXADriveMY, AXA Affin General Insurance Bhd, AXA Drive, Emmanuel Nivet, Rebecca Tan, Tan Sek Kee, www.axa.com.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my