• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Berhenti Kerja, Buka Bisnes Spa Kereta

Berhenti Kerja, Buka Bisnes Spa Kereta

January 8, 2020 By MS Leave a Comment

FacebookTwitter


HAL-hal penjagaan dan kecantikan  kereta memang sinonim dengan lelaki. Kaum wanita biasanya dianggap pandai tekan minyak saja. Betul ke?

Tidak bagi Siti Hanum Juhana, anak kelahiran Johor Bahru yang mengusahakan perniagaan spa kereta. Dia, yang juga pemegang ijazah Kejuruteraan Perisian, sebelum ini pernah terlibat dalam pelbagai bidang lain seperti teknikal, teknologi maklumat, jualan dan perkhidmatan pelanggan.

BACA >>> Pemandu Wanita Tak Perlu Lagi Risau, Bengkel G-Car Ada Khas Untuk Anda!

mappo-car-care-1
bengkel hias kereta wanita

Siti Hanum berkata, dia mula beralih kepada bidang perniagaan selepas melahirkan anak pertama. Keputusan berhenti kerja dan menyertai perniagaan suami secara sepenuh masa bukanlah keputusan yang mudah dibuat. Mereka bermula dengan menjual produk mencantikkan kereta secara atas talian.

Dia dan suami kemudian mendapat peluang bekerjasama dengan kilang pembuatan di Switzerland untuk mengimport dan mengedarkan produk penjagaan dan kecantikan kereta di Malaysia sebelum membuka cawangan spa kereta pertama, Mappo Car Care di Wangsa Maju pada Oktober 2016.

mappo-car-care-2
mappo-car-care-3

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan dan berniaga berdua sahaja, Hanum dan suami kini memiliki enam kakitangan. Dia juga berhasrat mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah dua lagi cawangan di lokasi terpilih, tahun ini.

Persaingan juga memberikan cabaran, terutama dari segi harga. Namun untuk maju, mereka tidak pernah berkompromi dengan kualiti perkhidmatan dan mutu kerja.

BACA >>> Wanita Urus Bengkel: Bekas Mekanik Jadi Bos Pusat Servis - G-Car Auto Garage

SUMBER: HMetro

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auto terkini, bengkel modify kereta wanita, Bikin Kereta, Mappo Car Care, Modifikasi, Siti Hanum Juhana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my