Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bentley Continental GT S dan GTC S 2026, Hibrid V8 680hp, 0-100km/j Hanya 3.5 Saat!
Auto Terkini

Bentley Continental GT S dan GTC S 2026, Hibrid V8 680hp, 0-100km/j Hanya 3.5 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata30/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BENTLEY melancarkan model Continental GT S dan GTC S 2026 yang diinspirasikan daripada model edisi terhad Supersports.

Model generasi keempat ini dibangunkan khusus untuk pemandu yang mengutamakan prestasi dengan menggabungkan penampilan visual yang dramatik bersama teknologi rangkaian kuasa hibrid terkini serta sistem casis daripada Continental GT Speed.

Model ini merupakan varian terpantas dan paling berkuasa pernah menggunakan lencana S dalam sejarah Bentley.

Trenkuasa High Performance Hybrid

Nadi utama model S baharu ini adalah sistem High Performance Hybrid yang menghasilkan kuasa 680 hp dan tork 930Nm.

Angka ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 130 hp dan 160 Nm berbanding model GT S generasi sebelumnya.

Trenkuasa ini bukan sahaja lebih hebat daripada enjin W12 Speed terdahulu dari segi kuasa dan tork, malah ia mampu dipandu dalam mod elektrik sepenuhnya sehingga sejauh 80 km.

Dari segi pecutan, model ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 306 km/j.

Bunyi enjin V8 4.0 liter pula diperhebatkan lagi melalui penggunaan sistem ekzos sport.

Teknologi Casis Bentley Performance Active

Bagi memastikan pengendalian yang tangkas, Bentley melengkapkan model S dengan Bentley Performance Active Chassis yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk model GT Speed dan Mulliner.

Sistem ini merangkumi Pacuan Semua Roda Aktif, penyerap hentak dua injap, torque vectoring pada bahagian depan ke belakang serta merentasi gandar dan sistem anti oleng aktif 48V Bentley Dynamic Ride.

Buat pertama kalinya bagi model Continental GT S, ia dilengkapi pembeza gelinciran terhad elektronik (eLSD) dan sistem stereng (pembelokan) semua roda.

Pemandu boleh memilih pelbagai mod pemanduan yang menawarkan karekter berbeza.

Sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) akan mengawal cengkaman sepenuhnya untuk menghalang oversteer dalam mod biasa.

Manakala dalam Dynamic Mode, sistem membenarkan sedikit gelinciran pada gandar belakang untuk kawalan selekoh yang lebih mencabar.

Bagi pengalaman pemanduan yang lebih ekstrem, sistem ESC boleh dimatikan sepenuhnya.

Reka Bentuk Luaran Dengan Blackline Specification

Identiti visual model S diserlahkan melalui Blackline Specification yang merangkumi spoiler bawah depan berwarna gelap, gril matriks hitam berkilat, serta lencana sayap Bentley dan tulisan BENTLEY dalam warna hitam.

Penampilan ini dilengkapi dengan perumah cermin sisi Beluga black, skirt sisi dan difuser belakang.

Lampu hadapan matriks LED penuh dengan reka bentuk Precision serta lampu belakang gelap adalah ciri khas yang dikongsi bersama GT Speed.

Rim aloi 22 inci sepuluh jejari didatangkan sebagai standard dalam warna perak, namun pelanggan boleh memilih varian hitam berkilat atau hitam dengan kemasan mesin.

Ruang Dalaman Mewah

Ruang kabin model Continental GT S hadir dengan identiti tersendiri melalui pembahagian warna upholsteri dua tona yang unik serta reka bentuk tempat duduk beralur (fluted seat design).

Penggunaan fabrik teknikal Dinamica pada stereng, tuas gear, tempat duduk, dan panel pintu memberikan sentuhan yang lebih premium.

Secara standard, kemasan venir Piano Black digunakan untuk menyamai tema luaran, namun pelanggan mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada gentian karbon atau balutan kulit penuh serta kemasan krom gelap pada bahagian logam dalaman.

Spesifikasi Utama

  • Enjin: 4.0 liter V8 High Performance Hybrid
  • Kuasa Maksimum: 680 hp
  • Tork Maksimum: 930Nm
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: 3.5 saat
  • Kelajuan Maksimum: 306 km/j
  • Jarak Pemanduan Elektrik: 80 km
  • Sistem Pacuan: Active All Wheel Drive
  • Ciri Casis: Bentley Performance Active Chassis dengan stereng semua roda
  • Rim: 22 inci sepuluh jejari
  • Dalaman: Kemasan Dinamica dan venir Piano Black

Bentley Continental GT S 2026

Bentley Continental GTC S 2026

Bentley Continental GT S dan GTC  S 2026

Bentley Bentley Continental GT Bentley Continental GT S Bentley Continental GTC S
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.