Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bentley Bentayga Speed 2026 yang Paling Buas dengan Output Kuasa 650ps, Tork 850Nm
Auto Terkini

Bentley Bentayga Speed 2026 yang Paling Buas dengan Output Kuasa 650ps, Tork 850Nm

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bentley Bentayga Speed 2026
BENTAYGA Speed baharu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentley paling berkuasa, paling dinamik, dan paling mengujakan setakat ini. Ringkasnya, ini Bentayga paling berkuasa setakat ini.

SUV itu mengatasi model terdahulu yang dipuji dengan enjin W12, memberikan peningkatan kuasa dan prestasi bersama tetapan casis paling dinamik pernah ditawarkan pada Bentayga.

Bentley Bentayga Speed 2026: Enjin Baharu, Dipertingkat

Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026

Buat kali pertama, Bentley Bentayga Speed 2026 membolehkan pemandu menjana sudut gelincir (on-throttle slip angles) apabila pendikit ditekan.

Nadi SUV ialah enjin 4.0L V8 turbo kembar baharu yang menghasilkan output kuasa 650ps dan tork 850Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat, manakala kelajuan maksimum 310kmj*.

Bentley Bentayga Speed 2026 juga menampilkan kemajuan ketara dalam keupayaan dinamik, dengan mod casis SPORT dipertingkat dan tetapan kawalan stabiliti elektronik ESC Dynamic baharu.

Ini membawa penglibatan pemandu maksimum dan pilihan antara cengkaman jalan dipertingkat atau keupayaan untuk menggelincirkan kereta dengan kuasa.

Enjin V8 4.0L Turbo Kembar Baharu, Bunyi Mendebarkan

  • Kuasa Luar Biasa: Enjin V8 4.0L turbo kembar baharu memberikan prestasi luar biasa dengan kuasa 650ps (641hp/478kW).
  • Pecutan Hebat: Mampu mencapai 0-100kmj sepantas  3.4 saat, mengatasi Bentayga V8 S (4.4 saat) dan Bentayga Speed dengan enjin W12 terdahulu (3.9 saat).
  • Tork Maksimum: Tork 850Nm dihantar konsisten antara 2,250rpm-4,500rpm. Ciri ‘tork plateau’ menjamin aliran pecutan tanpa usaha.
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
  • Ekzos Sports Standard: Enjin bukan saja berkuasa, tetapi juga lebih berkarakter yang dilengkapi sistem ekzos sport, dengan bunyi enjin mendalam dan berkuasa, sekali gus melengkapi karakter V8 kuasa tinggi.
  • Ekzos itu boleh dibezakan secara luaran menersi dwi-paip ekzos elips.
  • Pilihan Ekzos Premium: Bagi bunyi lebih mendebarkan, ada pilihan Ekzos Titanium Akrapovic yang menonjolkan kuasa dan drama V8, dengan empat paip ekzos untuk ekspresi audio lebih kuat.

Keupayaan Dinamik Dipertingkat

Bentley Bentayga Speed 2006

  • Mod Pemanduan Tetap: Daripada tiga mod pemanduan, COMFORT dan BENTLEY kekal tidak berubah. Ini mengekalkan kecekapan harian dan keupayaan jelajah jarak jauh luar biasa.
  • Mod SPORT Dipertingkat: Mod SPORT dipertingkat ketara untul respons stereng, cengkaman jalan, dan hubungan pemandu lebih baik. Ini dibantu peningkatan 15 peratus dalam kekakuan redaman suspensi.
  • Manfaat Kuasa Penuh: Mod SPORT dipertingkat membolehkan pemandu memanfaatkan sepenuhnya kuasa enjin V8 ketika membelok.
  • Pemandu juga merasai keupayaan masuk selekoh yang sangat tangkas daripada pemvektoran tork brek.
  • Brek Seramik Karbon: Untuk keupayaan membrek dan penglibatan pemandu terbaik, brek seramik karbon membenarkan pilihan ESC Dynamic dalam mod SPORT.
  • Melonggarkan campur tangan ESC untuk membenarkan sudut drift mengujakan atau belokan lebih (oversteer) kuasa apabila sesuai.
  • Pemvektoran Tork: Membolehkan aksi membelok lebih tajam dengan lebih kuasa disalurkan ke jalan ketika keluar selekoh, sekali gus meningkatkan keyakinan pemandu dan ketangkasan.
  • Kawalan Luncur (Launch Control): Turut disertakan dalam pengaturcaraan ESC Dynamic ialah Kawalan Luncur, yang juga pertama untuk mana-mana model Bentayga.
  • Belokan Semua Roda (AWD): Kini dilengkapi ciri Belokan AWD, yang mana pada halaju rendah dan sederhana, roda belakang dipandu arah bertentangan dengan roda depan untuk ketangkasan lebih baik dan pusingan lebih kecil.
  • Stabiliti Kelajuan Tinggi: Pada halaju tinggi, roda belakang ditetapkan arah sama dengan roda depan untuk meningkatkan kestabilan kenderaan.

Secara keseluruhan, peningkatan mod SPORT baharu, pilihan brek seramik karbon, perisian ESC Dynamic dan belokan AWD menetapkan tahap ketangkasan, cengkaman jalan, dan penglibatan pemandu.

Sebagai SUV aras tinggi dalam siri, Bentley Bentayga Speed 2026 mengubah  jangkaan mengenai pengendalian, cengkaman jalan, pecutan dan respons stereng untuk sebuah SUV mewah.

Penyataan Rekabentuk Berkuasa

Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
  • Ciri Luaran Khas: Menampilkan ciri luaran tersendiri seperti kemasan gelap kilat, lencana Speed krom terang pada pintu depan, dan rim Speed 22 inci dalam kemasan gelap atau perak (pilihan tanpa kos).
  • Lampu Unik: Lampu depan Speed unik menampilkan bahagian dalaman gelap dan bezel gelap, manakala lampu belakang kelabu juga dengan bezel gelap.

Bentley Bentayga Speed 2026

  • Rim 23 Inci: Buat kali pertama dalam sejarah Bentley, rim Speed 23 inci adalah pilihan apabila brek seramik karbon dinyatakan yang datang dalam pilihan kemasan kelabu satin, hitam, atau hitam dan model cerah.
  • Kaliper Brek Berwarna: kaliper brek dalam pilihan tujuh warna menarik untuk brek standard dan apabila memilih pilihan brek seramik karbon.

  • Bumbung Hitam Speed: Satu lagi pilihan eksklusif ialah bumbung hitam Speed dalam kemasan kilat atau satin mengikut kemasan badan dipilih.
  • Bumbung hitam dan bahagian bawah spoiler pintu belakang memberikan impak visual kuat dan tegas.
    Dalaman berfokuskan prestasi
  • Rekabentuk Unik Speed: Rekaan dalaman mencerminkan tumpuan prestasi unik. Ciri standard seperti paparan maklumat pemandu khusus Speed, lencana Speed pada fasia penumpang dan pelapik sil pintu, dan lambang Speed sulaman pada atas kerusi.
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
  • Pilihan Kemasan Gelap: Corong udara ‘bullseye’, tombol kawalan, dan corong udara tengah boleh dibuat dalam warna gelap serta krom standard.
  • Rekaan Kuilt (Quilt) Baharu: Panel bahu kerusi, bahagian dalam pintu dan papan belakang (model 4-kerusi) menampilkan rekabentuk kuilt Berlian Tepat (Precision Diamond) baharu.
  • Pembahagian Warna Khas: Bagi balutan, pembahagian warna Speed menampilkan kulit sekunder lebih gelap sebagai warna utama yang diserikan kilauan warna kulit utama pada luar kerusi, pintu dan bahagian sisi panel instrumen.

Menambah Had

  • Julat Keupayaan: Menawarkan pelbagai keupayaan luar biasa. Mod COMFORT dan BENTLEY menawarkan gabungan kelajuan, kehalusan, dan kelonggaran sempurna untuk kebanyakan situasi pemanduan.
  • Sisi Watak Baharu: Sisi karakter baharu, lebih mendalam dan mendebarkan.
  • Puncak Prestasi Bentley: Melalui peningkatan casis teliti dan penggunaan V8 4.0 berkuasa tinggi baharu, jurutera Bentley menghasilkan  Bentayga paling berkuasa dan dinamik pernah ada.
  • Semua itu dicapai tanpa kehilangan sedikit pun apa yang menjadikan sebuah Bentley sebagai  Bentley.

* Apabila dilengkapi dengan pilihan brek seramik karbon.

Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentayga Speed 2026
Bentley Bentley Bentayga Bentley Bentayga Speed Bentley Bentayga Speed 2026
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Volvo EX60 Cross Country 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX60 Cross Country 2027 Diperkenal, Posisi Pandu Lebih Tinggi!

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.