Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Batik Air Lancar Laluan Antarabangsa Pertama dari Subang ke Bangkok!
Auto Terkini

Batik Air Lancar Laluan Antarabangsa Pertama dari Subang ke Bangkok!

SyafieBy Syafie27/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Laluan baru Batik Air - Subang ke Bangkok
BATIK Air melakar sejarah apabila melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang ke Bangkok bermula 28 Julai ini.

Penerbangan harian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK) itu turut disertai pelancaran laluan domestik harian ke Kuching, sekali gus mengukuhkan peranan SZB sebagai hab penerbangan bandar dinamik.

Lembaran Baharu Industri Penerbangan Negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pelancaran laluan baharu itu membuka lembaran baharu industri penerbangan negara yang membolehkan pelancong menikmati perjalanan lebih mudah dari lokasi berhampiran pusat bandar.

Beliau menyifatkan SZB sebagai alternatif lebih menjimatkan masa berbanding KLIA, seiring visi menjadikan Subang sebagai hab penerbangan moden.

Tujuh Kali Seminggu ke Bangkok

Kru Batik Air

Penerbangan tujuh kali seminggu ke Bangkok tersebut dijangka menarik minat rakyat Malaysia yang gemar meneroka budaya, makanan, dan membeli-belah di ibu kota Thailand itu.

Pada masa sama, laluan SZB-Kuching akan memperkukuh hubungan antara Semenanjung dan Sarawak dengan akses lebih mudah ke destinasi penting seperti pusat pentadbiran, pendidikan, dan pelancongan di Borneo.

Lapangan Terbang dalam Bandar Strategik

Kedudukan strategik SZB yang berhampiran kawasan seperti Petaling Jaya, Shah Alam, dan Kuala Lumpur memberi kelebihan dari segi keselesaan dan akses pantas, tanpa memerlukan perjalanan jauh ke lapangan terbang utama lain.

Laluan baharu itu juga dijangka menarik lebih ramai pelancong dari Thailand dan Malaysia Timur untuk meneroka tarikan pelancongan di Lembah Klang.

Dengan tambahan Bangkok dan Kuching, Batik Air kini mengendalikan lima laluan utama dari SZB, termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu, dan Kota Kinabalu.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini bangkok Batik Air Kuching Laluan Baharu Batik Air Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.