Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah
Roda4

Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah

Abang HirataBy Abang Hirata07/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


AUTOMOBILI Lamborghini
pada Ogos lalu memperkenalkan Urus Performante versi lebih berkuasa dan ringan berbanding model standard.

Kini Lamborghini kembali lagi dengan menawarkan Urus S (2023) yang mempunyai kuasa sama, 666hp dan tork 850Nm daripada enjin 4.0L twin-turbo V8. Walaupun output sama, kedua-dua Urus S berbeza dari segi berat, dimensi, rekabentuk luaran dan dalaman.

BACA >>> SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!
BACA >>> #Spyshot: Lotus Uji SUV Elektrik Setanding Urus, DBX707 di China

Kenapa perlu ada Urus Performante dan Urus S (2023) yang dijual bersama? Memang begitu strategi Lamborghini seperti boleh dilihat pada barisan varian Aventador yang kami himpunkan dalam artikel lalu. Selain itu, Urus ialah model Lamborghini yang sangat berjaya hingga mencatat jualan lebih 20,000 sejak memasuki pasaran pada 2018.

Trenkuasa V8, Kelajuan Maksimum 305kmj
  • Enjin 4.0L turbo kembar V8 dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Kalibrasi trenkuasa sama seperti Performante.
  • Kuasa sama seperti Urus Performante, 666hp @ 6,000rpm dan tork 850Nm @ 2,300rpm – 4,500rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.5saat atau 0.2 saat lebih perlahan daripada Performante dengan berat 47kg lebih ringan.
  • Pecutan 0-200kmj sepantas 12.5 saat berbanding 11.5 saat pada Performante.
  • Kelajuan maksimum 305kmj, berbanding 306kmj pada Performante.
  • Talaan sistem ekzos untuk bunyi lebih kuat ketika enjin dihidupkan dan lebih nyaring pada setiap mod pandu.
Casis dan Pemanduan
  • Suspensi udara adaptif berbeza dengan peredam dan spring Performante.
  • Dimensi Urus S: Jarak roda 3,003mm, panjang 5,112mm, lebar tanpa cermin 2,018 mm, tinggi 1,638mm, trek depan 1,695mm, trek belakang 1,710mm, berat kerb 2,107kg. (Dimensi Performante: Jarak roda 3,006mm, panjang 5,137mm, lebar tanpa cermin 2,026mm, tinggi 1,618mm, trek depan 1,711mm, trek belakang 1,718 mm, berat kerb 2,150kg)
  • Mod pandu: TRADA, SPORT, CORSA dan EGO.
  • Mod pandu off road: TERRA, NEVE dan SABBIA.
  • Keupayaan membrek daripada kelajuan 100-0kmj dengan jarak 33.7 meter. Performante lebih pendek dengan jarak 32.9 meter.
Rekabentuk dan Gaya
  • Bampar mirip Performante dan berbeza pada bahagian bawah dengan plat skid besi tahan karat warna hitam kusam.
  • Bonet gentian karbon.
  • Pilihan bumbung gentian karbon dengan kemasan gentian terdedah.
  • Tiada spoiler kecil pada bumbung seperti Performante.
  • Bampar belakang sama, tetapi rekaan bahagian bawah berbeza.
  • Ekzos kembar dengan kemasan logam gilap (brushed steel), atau pilihan kusam, hitam kilat dan krom terang.
  • Rim standard 21 inci atau pilihan rim Nath 22 inci dan Taigete 23 inci.
  • Pilihan dua pakej kemasan dalaman Sportivo atau Sophisticated.
  • Fungsi aplikasi telefon pintar Lamborghini Unica App seperti Remote Park dan kawalan jam pintar seperti kunci kereta maya.

Mengenai harga, Urus S bermula €195,538 (RM889,380), tidak termasuk cukai. Urus Performante pula lebih tinggi pada harga €218,487 (RM993,760).

BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!
BACA >>> SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!

Lamborghini Urus S
Lamborghini Urus Performante
Automobili Lamborghini Hyper SUV Lamborghini Lamborghini Urus Lamborghini Urus S Lamborghini Urus S (2023) roda2 Super SUV SUV Hiper
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.