Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NIAT murni dua pelajar sekolah menengah rendah untuk membantu seorang wanita yang terjatuh daripada basikal bertukar menjadi isu undang-undang apabila mereka diarahkan membayar pampasan sekitar RM124,285 (220,000 yuan).

Menurut laporan media China, kejadian itu berlaku pada 19 Februari 2026 di Putian. Wanita terbabit mendakwa dia terjatuh selepas terkejut ketika melalui kawasan berkenaan.

Insiden Dirakam, Polis Tentukan Liabiliti Sebahagian

Rakaman video yang tular di YouTube menerusi saluran CHUCHU Channel menunjukkan wanita tersebut terjatuh ketika berbasikal melepasi sebuah kereta putih. Difahamkan, mangsa dipercayai hilang keseimbangan ketika cuba mengelak kenderaan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, dua pelajar perempuan melalui lokasi kejadian dan tampil membantu. Seorang daripada mereka membantu mangsa bangun, manakala rakannya mengangkat basikal yang terjatuh sebelum memastikan wanita itu dalam keadaan selamat. Bagaimanapun, siasatan polis trafik memutuskan kedua-dua pelajar berkenaan mempunyai tanggungjawab sebahagian dalam insiden tersebut.

Diklasifikasikan ‘Bertanggungjawab Secara Sekunder’

Dalam penentuan liabiliti, tindakan salah seorang pelajar didakwa memberi kesan tertentu terhadap perkembangan kemalangan itu. Pelajar terbabit kemudian diklasifikasikan sebagai ‘bertanggungjawab secara sekunder’ dan dikehendaki membayar pampasan yang dituntut.

Ibu bapa pelajar terlibat menyifatkan keputusan itu sukar diterima. Mereka mendakwa tindakan undang-undang tersebut bukan sahaja memberi tekanan kewangan, malah menimbulkan trauma psikologi kepada anak mereka.

Kes Dibawa Ke Mahkamah

Mahkamah dilaporkan telah menerima saman tuntutan pampasan yang difailkan oleh wanita berkenaan. Perbicaraan kes dijadualkan berlangsung pada pagi 26 Februari 2026.

Kes ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen mengenai isu tanggungjawab undang-undang dan dilema membantu mangsa kemalangan, khususnya apabila tindakan membantu boleh membawa implikasi perundangan yang tidak dijangka.

SUMBER: Sinar Harian

Jatuh basikal kemalangan media china Pelajar putian
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.