• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Baik Pulih Porsche 911 Tertua Ini Ambil Masa 3 Tahun Sebelum Dapat Disiapkan!

Baik Pulih Porsche 911 Tertua Ini Ambil Masa 3 Tahun Sebelum Dapat Disiapkan!

December 16, 2017 By AO Leave a Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka model pertama Porsche 911 (1964) dapat dijelmakan semula selepas menjalani proses restorasi dan baik pulih selama tiga tahun sentuhan pasukan jurutera Porsche sebelum dipamerkan dalam Muzium Porsche.

Asalnya, nama sebenar Porsche 911 ketika pertama kali dikeluarkan ialah 901. Bagaimanapun nama tersebut dicabar Peugeot yang mendakwa memiliki hak penuh ke atas apa saja jenama automobil dalam tiga nombor dengan digit kosong di tengah. Akhirnya Porsche terpaksa menukar nama kereta sport berenjin belakang itu kepada 911.

BACA >>> Inilah Porsche 911 yang ke-1,000,000, Sudah 54 Tahun Kekalkan Legasi

Bagaimanapun kod nama 901 masih digunakan, terutama pada label alat ganti dan komponen model tersebut selama beberapa tahun.

Model '901' bernombor #57 itu ditemui sepasukan kru televisyen Jerman bersama sebuah lagi 911 di satu bangsal pada 2014 yang ketika itu sedang menjalani penggambaran. Penemuan tersebut tidak mengambil masa lama untuk memaksa Muzium Porsche membeli dua model antik tersebut sebelum diberikan kepada pasukan jurutera Porsche untuk dibaik pulih yang memakan masa selama tiga tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Kereta Porsche 'Tiada Gril'?

Sepanjang proses pemulihan, jurutera Porsche berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan sebanyak mana alat ganti dan komponen asal model tersebut, termasuk membaiki dan memulihkan apa saja yang termampu. Hasilnya, lihatlah foto sebelum dan selepas kerja-kerja restorasi dan hasil yang dilakukan pasukan jurutera Porsche di bawah ini. Memang mengagumkan!

GALERI

SEBELUM

SELEPAS

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Porsche Tagged With: Baik Pulih, Bikin Kereta, Muzium Porsche, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 (1964), Restorasi, Restoration, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
  • Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
    Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my