Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bagaimanakah Sistem Mula-Henti (Start-Stop) Bekerja? Benarkah Tidak Reliabel?
Autotainment

Bagaimanakah Sistem Mula-Henti (Start-Stop) Bekerja? Benarkah Tidak Reliabel?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI KAWASAN bandar, sistem mula-henti (start-stop) banyak beri manfaat kepada pemandu dari segi kecekapan bahan api, tetapi benarkah  sistem itu ada isu tentang ketahanan dan jangka hayat komponen dalam jangka masa tertentu? Bagaimanakah realibiliti sistem tersebut?

Artikel kali ini akan mengupas serba sedikit tentang teknologi yang semakin banyak digunakan kenderaan moden masa kini.

APAKAH TEKNOLOGI HENTI MULA?

Teknologi mula-henti banyak ditawarkan kereta moden hari ini. Sistem ini berfungsi apabila kereta berhenti atau berada dalam keadaan pegun yang mana enjin akan dimatikan sebaik saja brek diinjak. Enjin kemudian akan aktif semula apabila terotel ditekan atau brek dilepaskan untuk mula bergerak. Sistem ini dikatakan menyumbang kepada penjimatan bahan api dan mengurangkan pelepasan emisi.

BAGAIMANAKAH SISTEM INI BERFUNGSI?

Apabila komputer mengesan kereta berhenti, sistem akan menyekat hantaran bahan api dan pencucuhan ke enjin. Pencucuhan kemudian dihidupkan semula apabila kereta mula bergerak atau klac ditekan. Proses ini berlaku automatik, tetapi pemandu boleh memilih sama ada mahu aktifkan atau matikan sistem itu dengan menekan butang khas dengan simbol A dikelilingi anak panah arah jam (gambar bawah).

ADAKAH BERI KESAN KEPADA ENJIN?


Apabila membincangkan hal ketahanan atau realibiliti dan jangka hayat, komponen asas seperti penghidup gear (gear starter) perlu dilindungi. Ini kerana kitaran sistem mula-henti berisiko tinggi menyumbang kepada kehausan melainkan kita mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kereta biasa tanpa sistem mula-henti automatik dapat melakukan hingga 50,000 proses henti-mula sepanjang hayat,” kata Pengurus Pembangunan Teknologi, Gerhard Arnold yang bertanggungjawab merekabentuk bering di syarikat pembuatan produk automotif, Federal Mogul di Amerika Syarikat (AS).

“Tetapi apabila sistem mula-henti automatik diaktifkan setiap kali kereta berhenti, angka itu naik mendadak, mungkin cuma 500,000 kitaran mula-henti ke atas jangka hayat enjin,” katanya.

Situasi itu ialah cabaran besar kepada ketahanan dan jangka hayat bering enjin.

Aci engkol (crankcshaft), komponen asas enjin dan juga antara paling berat, berfungsi menyokong beberapa komponen bergerak lain dengan menggunakan bering utama (tanpa bola bering atau roler, hanya logam halus). Ini ialah bering utama dan kesannya besar terhadap bering belakang enjin dekat penghidup motor (motor starter).

BACA >>> VW Bangunkan Sistem Parkir Autonomi, Kereta Pandu Sendiri Cari Petak Letak Kenderaan

Apabila enjin beroperasi, aci engkol dan permukaan bearing utama sebenarnya tidak bersentuhan tetapi dipisahkan lapis minyak (disebut oil film) nipis, dan disuapkan bawah tekanan sebelum dipamkan sekitar permukaan bering menerusi putaran aci engkol. Proses ini dipanggil ‘pelinciran hidrodinamik’, tetapi apabila enjin berhenti, engkol mengikat bering dan kedua-dua permukaan logam kembali bersentuhan.

DUA PERKARA HINDARI HAUS

Contoh gambaran aci engkol berputar dalam silinder enjin.

Apabila enjin dihidupkan, ada satu poin sebelum dua permukaan dipisahkan oil film, dipanggil  ‘kondisi sempadan’ (boundary condition). Jadi, apabila aci engkol berputar, berlaku sentuhan logam-kepada-logam antara permukaan bering. Di sinilah kehausan paling banyak berlaku.

BACA >>> Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan

Pemasangan sistem mula-henti bermakna ‘kondisi sempadan’ (dan sentuhan logam-kepada-logam) boleh berlaku lebih kurang 500,000 kali sepanjang hayat enjin berbanding 50,000 kali tanpa sistem mula-henti. Bering normal biasanya akan haus lebih lama.

Jadi, ada dua perkara boleh dibuat untuk menghalang proses haus ini berlaku.

Pertama, pengeluar bering membangunkan material bering baharu dengan ciri pelinciran kendiri yang lebih baik bagi mengelak kehausan akibat proses menghidupkan enjin.

Kedua, menambah baik minyak pelincir. Minyak enjin moden mengandungi pakej aditif yang terdiri daripada koktel kimia kompleks. Teknologi pelinciran ini mampu mengurangkan geseran dan menambah baik ketahanan oil film yang baik untuk jangka hayat sistem mula-henti.

BENARKAH MULA-HENTI JIMAT MINYAK?


Ya, apabila berada dalam keadaan pegun seperti trafik padat atau menunggu lampu isyarat bertukar. Bagaimanapun, isu penggunaan minyak ini sering jadi perbalahan d kalangan pengguna kerana ia bergantung kepada hampir keseluruhan jenis pemanduan. Maksudnya, lebih banyak masa kereta dalam keadaan pegun, maka lebih banyak minyak dapat dijimatkan.

BACA >>> 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian, Tolong Jangan Ambil Lewa

Ada juga beberapa situasi sistem mula-henti tidak beroperasi baik, misalnya jika enjin sejuk yang menyebabkan ia sukar dihidupkan. Atau jika cas bateri di bawah paras tertentu yang membuatkan enjin sukar pula dimatikan. Volvo misalnya, sistem mula-henti tidak dapat digunakan kalau pemandu tidak memakai tali keledar terlebih dahulu atau terus saja mengaktifkan penyaman udara.

SUMBER: Autocar

autotainment Sistem Henti Mula Sistem Mula-Henti Start-Stop System teknologi teknologi automotif
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.