Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Membrek dengan Betul? Gunakan ‘Metod Pivot’!
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Membrek dengan Betul? Gunakan ‘Metod Pivot’!

Han OthmanBy Han Othman27/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMBREK ialah satu kemahiran. Sama seperti aspek pemanduan lain, membrek memerlukan tahap kemahiran tertentu untuk mendapatkan hasil yang betul. Teknik membrek dengan betul bukan saja mengurangkan stres ke atas pemandu dan penumpang, tetapi juga memanjangkan jangka hayat alat ganti dan kenderaan itu sendiri.

Banyak kereta hari ini dihasilkan semakin baik. Rotor brek, pad brek dan komponen lain dalam sistem brek melalui pelbagai proses penambahbaikan saban tahun untuk menjadikan ia mudah dan selamat pada kadar yang sama. Ini bermakna, pedal brek tidak perlu lagi ditekan secara keras atau dalam untuk memberikan cukup tekanan kepada brek supaya dapat menghentikan kereta.

BACA >>> #SembangDeras: Betulkah Kalau Selalu Tekan Brek Nampak Lemah?

Berhenti mengejut juga ialah situasi kurang selesa yang boleh menyebabkan minuman tertumpah, dan mencampakkan barang-barang lain yang tidak melekap atau diikat dengan baik dalam kabin. Terlalu kerap membrek mengejut pula menyebabkan kepanasan yang boleh mengakibatkan permukaan rotor brek meleding.

Jadi bagaimanakah membrek dengan baik?

METOD PIVOT (PIVOT METHOD)

Metod Pivot ialah cara yang terbukti berkesan untuk membrek dengan lembut dan konsisten. Cara membrek menggunakan Metod Pivot ialah:

  • Letakkan tumit kanan atas lantai dan biarkan dekat dengan pedal brek supaya bola kaki dapat menyentuh tengah pedal.
  • Rehatkan berat kaki atas lantai semasa mempasakkan kaki ke depan untuk mengenakan tekanan ringan ke atas pedal brek.
  • Tingkatkan tekanan secara beransur-ansur hingga kereta hampir berhenti sepenuhnya.
  • Legakan sedikit pedal brek sebelum berhenti sepenuhnya untuk mengelak kenderaan tersentak terlalu kuat.

PERKARA PERLU DIELAKKAN

1. HENTAK KAKI

Kita akan spontan membrek secara menghentak kaki ketika berdepan situasi mencemaskan. Tetapi tidak perlulah melakukannya jika membrek secara normal. Biasakan dengan Metod Pivot seperti diajar di atas. Elak menghentakkan kaki sesuka hati!

2. LETAK BERAT ATAS PEDAL

Sesetengah pemandu sudah terbiasa merehatkan kaki atas pedal brek ketika memandu. Ini bukan saja menyebabkan pad brek cepat haus, tetapi turut menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya lain di belakang kerana lampu brek kereta anda akan kerap menyala dan terpadam secara tidak menentu. Elakkan!

3. JARAK KAKI DAN PEDAL BREK TERLALU JAUH

Jika kaki pemandu tidak rapat dengan pedal brek, pemandu berisiko mengalami situasi hilang pedal brek apabila perlu membrek kecemasan. Sila pastikan posisi kaki dan pegangan stereng yang betul ketika memandu. Anda perlu sentiasa bersiap sedia.

BACA >>> Brek Cakera vs Brek Dram – Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik


Memahirkan diri dengan teknik ini pastinya menjadikan pemanduan anda lebih mantap dan selesa yang juga membuatkan penumpang gembira. Ini membuatkan sesiapa saja rasa selesa, yakin dan selamat apabila anda sedang memandu.

Jadi, membreklah dengan baik dan betul ok. 😀

SUMBER: YourMechanic.com

autotainment cara membrek betul Metod Pivot Pivot Method teknik memandu teknik membrek teknik membrek betul tip automobil tip memandu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.