Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: Kenali Karakter Motosikal Ikut Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?
Roda2

#TahukahAnda: Kenali Karakter Motosikal Ikut Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?

ZYBy ZY02/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASTI ramai sudah sedia maklum enjin motosikal amnya boleh dibezakan mengikut kitaran lejang (4-lejang vs 2-lejang) dan juga konfigurasi aci sesondol (SOHC vs DOHC) yang masing-masing memberikan karakteristik berbeza.

Tetapi tahukah anda kuasa enjin turut boleh dibezakan berdasarkan nisbah ukuran gerek (bore) dan lejang (stroke)?

Perbezaan nisbah ukuran gerek/lejang ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis seperti berikut:

  • Oversquare (Big Bore engine): Nisbah >1
  • Undersquare (Long Stroke engine): Nisbah <1
  • Square: Nisbah = 1

Walaupun nampak ringkas dan mudah, tetapi perbezaan nisbah itu memberikan karakteristik tersendiri bagi sesebuah enjin, termasuk memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri.

1. OVERSQUARE


Enjin oversquare mempunyai ukuran diameter piston/silinder lebih besar dengan lejang lebih pendek – turut digelar ‘big bore, short stroke’. Jenis enjin ini terdapat pada hampir semua sportbike disebabkan satu tujuan utama, iaitu kuasa maksimum tinggi.

Bagaimana?

Kuasa kuda (hp) dihasilkan menerusi kaitan tork (t) dan rev enjin (rpm). Jika salah satu ditingkatkan (t atau rpm), maka hp turut meningkat.


Memandangkan ukuran lejang lebih pendek bagi enjin oversquare, kitaran kuasa dilengkapkan lebih cepat, dan kelajuan piston secara relatifnya lebih rendah. Ini bermakna kurang tekanan pada rod penghubung dan aci engkol (crankshaft), sekali gus membenarkan enjin meligat lebih tinggi dengan selamat.

Jadi, kebanyakan jentera sportbike mampu dipacu hingga melebihi rev 12,000rpm dan angka ini lebih tinggi pada jentera perlumbaan yang mampu mencapai lebih 20,000rpm!

Saiz piston besar membolehkan penggunaan injap atau valve lebih besar. Ini bermakna lebih banyak udara dan bahan api dapat disumbat masuk ke dalam kebuk pembakaran, dan semakin tinggi kuasa diletuskan, terutama pada rev tinggi.

Bagaimanapun, konfigurasi oversquare tidak terlepas daripada kelemahan. Memandangkan permukaan piston besar yang turut membenarkan diameter injap lebih besar, dan impaknya adalah pada kelajuan rev rendah apabila tekanan aliran masuk bahan api dan udara jadi rendah dan menyebabkan pembakaran kurang sempurna.

Namun, teknologi masa kini dapat mengatasi masalah berkenaan menerusi kawalan elektronik seperti pemasaan pembakaran awal (advance ignition timing) dan penggunaan lebih banyak palam pencucuh seperti terdapat pada model Bajaj.

BACA >>> Palam Pencucuh Berganda – Mampu Tingkat Prestasi atau Gimik Semata-Mata?

Selain itu, dengan kuasa tinggi, isu tork terutama pada kelajuan rendah bukanlah masalah kritikal kerana boleh diatasi melalui penggunaan nisbah gear bersesuaian.

Mengambil kira kelebihan oversquare mengatasi kelemahan, tidak hairanlah nisbah oversquare sering menjadi pilihan kebanyakan motosikal moden seperti sportbike dan juga motorsikal yang tidak terlalu bergantung kepada kuasa maksimum seperti adventure touring dan sesetengah cruiser.

Contoh Motosikal Enjin Oversquare (Gerek x Lejang)

  • Ducati 1199: 112mm x 60.8mm
  • Yamaha YZF-R25: 60.0mm x 44.1mm
  • Suzuki FXR 150: 62.0mm x 48.8mm

2. UNDERSQUARE


Dengan ukuran lejang lebih panjang, enjin undersquare memiliki karakter berlawanan daripada oversquare.

Berbeza enjin oversquare yang cemerlang dengan kuasa tinggi pada rev maksimum, enjin undersquare pula mempunyai kelebihan tork tinggi pada rev lebih awal. Tork tinggi terhasil daripada pergerakan piston yang lebih laju dan menghasilkan tekanan kuat pada setiap kitaran lejang. Memandangkan tekanan tinggi turut memberi impak buruk kepada komponen enjin lain, jadi enjin undersquare mempunyai rev maksimum yang secara relatif lebih rendah bagi tujuan reliabiliti.

Jadi, enjin jenis ini sesuai dipadankan dengan motosikal cruiser yang lebih mementingkan tork berbanding kuasa maksimum. Harley Davidson misalnya, masih setia menggunakan rekaan enjin undersquare pada jentera cruiser mereka walaupun pesaingnya, terutama dari Jepun sudah menggunakan enjin oversquare seperti dapat dilihat pada model Kawasaki Vulcan dan Yamaha V Star.

Bukan setakat cruiser, enjin undersquare turut digunakan secara meluas bagi kebanyakan motosikal sesaran rendah, kapcai amnya kerana hantaran kuasa lebih awal adalah lebih praktikal bagi sasaran pengguna. Selain itu, dengan keluasan silinder dan injap lebih kecil memberikan nilai tambah dari segi penjimatan bahan api.

Contoh Motosikal Enjin Undersquare (Gerek x Lejang)

  • Harley Davidson Sportster 1200: 88.9mm x 96.8mm
  • Suzuki Inazuma GW250: 53.5mm x 55.2mm
  • Yamaha FZ150i: 57.0mm x 58.7mm

3. SQUARE

Enjin square mempunyai ukuran diameter silinder dan lejang yang sama atau hampir sama (margin perbezaan <0.5mm), memberikan karakteristik seimbang antara kuasa dan tork. Namun, keseimbangan itu menjadikan enjin tersebut pada masa sama tidak begitu cemerlang jika dibandingkan enjin oversquare dan undersquare yang dibina lebih khusus untuk tujuan masing-masing. Ini menjadikan rekaan enjin sebegini kurang popular.

Contoh Motosikal Enjin Square (Gerek x Lejang)

  • Demak Skyline GT 250 : 66.5mm x 66.2mm
  • Yamaha FZ16/Byson : 58.0mm x 57.9mm

Berasaskan pengetahuan yang diperincikan, anda pasti dapat mengagak kategori setiap motosikal. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat pemilihan dan pembelian yang lebih menepati cita rasa. Harapnya tiada lagi yang membeli motosikal jimat minyak, tapi masih merungut hendakkan prestasi seperti sportbike pula. 😉

4 stroke vs 2 stroke big bore bore x stroke DOHC Kawasaki Vulcan long stroke oversquare sohc sohc vs dohc undersquare Yamaha V Star.
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Lampu isyarat biru di jalan raya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026

1 Comment

  1. Noob on 15/03/2019 21:43

    Xprnah nmpk pon fz tu kt malaysia

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.