• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Azlan Raih Kemenangan Berganda Dalam ARRC Pusingan Pertama

Azlan Raih Kemenangan Berganda Dalam ARRC Pusingan Pertama

April 3, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Azlan Raih Kemenangan BergandaAZLAN Shah Kamaruzaman sekali lagi memperaga aksi cemerlang apabila meraih kemenangan berganda setelah muncul juara Perlumbaan 2 SuperSports 600cc pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor.

Azlan menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’56.627s manakala Zaqhwan sekadar di tangga ketiga dengan masa 24’57.777s. Rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi yang menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan masa 24’57.612s.

AP250cc podiumSementara itu, saingan Asia Production 250cc (AP250) mengulangi keputusan Perlumbaan 1 apabila trio Yamaha Thailand Racing Team sekali lagi menguasai pentas podium.

Apiwat Wongthananon sekali lagi muncul juara setelah menamatkan perlumbaan dengan masa 21’26.861s diikuti Peerapong Loiboonpeng, 21’27.112s dan Anupab Sarmoon ketiga, 21’27.269s.

Kemenangan berganda meletakkan Apiwat di tangga teratas keseluruhan dengan 50 mata diikuti Peerapong, 40 mata dan Anupab, 32 mata.

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) Saingan Underbone 130cc menjadi milik  Md Izzat Zaidi Salehan (RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang) dengan masa 15’32.282s diikuti Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) kedua, 15’32.420s dan Iqbal Amri Malek (Felda PB Racing) ketiga, 15’32.455s.

Md Izzat Zaidi menguasai kedudukan keseluruhan dengan 45 mata diikuti pemenang Perlumbaan 1, Md Amirul Ariff Musa (T. Pro Yuzy Honda NTS) dengan 36 mata dan Norizman ketiga, 30 mata.

Keputusan Perlumbaan 2

SuperSports 600cc

  1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 24’56.627s
  2.  Yuki Takahashi (JPN) 24’57.612s
  3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 24’57.777s
  4. Gerry Salim (INA) 24’57.815s
  5. Tomoyoshi Koyama (JPN) 24’59.029s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) 50 mata
  2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 32 mata
  3. Tomoyoshi Koyama (JPN) 31 mata
  4. Yuki Takahashi (JPN) 27 mata
  5. Dimas Ekky Pratama (INA) 22 mata

Asia Production 250cc

  1. Apiwat Wongthananon (THA) 21’26.861s
  2. Peerapong Loiboonpeng (THA) 21’27.112s
  3. Anupab Sarmoon (THA) 21’27.269s
  4. Galang Hendra Pratama (INA) 21’27.632s
  5. Suhathai Chaemsap (THA) 21’28.014s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Apiwat Wongthananon (THA) 50 mata
  2. Peerapong Loiboonpeng (THA) 40 mata
  3. Anupab Sarmoon (THA) 32 mata
  4. Yusuke Nakamura (JPN) 23 mata
  5. Galang Hendra Pratama (INA) 21 mata

Underbone 130cc

  1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 15’32.282s
  2. Norizman Ismail (MAS) 15’32.420s
  3. Iqbal Amri Malek (MAS) 15’32.455s
  4. Md Adib Rosley (MAS) 15’32.720s
  5. Md Amirul Ariff Musa (MAS) 15’32.777s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 45 mata
  2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) 36 mata
  3. Norizman Ismail (MAS) 30 mata
  4. Iqbal Amri Malek (MAS) 23 mata
  5. Florianus Roy Brilyan (INA) 23 mata

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Asia Production 250cc, Azlan Shah kamaruzaman, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Md Izzat Zaidi Salehan, Md Zaqhwan Zaidi, Motor, SuperSports 600cc, Underbone 130cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
    Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
  • JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
    JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
  • Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
    Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
  • 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
    8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my