TAHUKAH anda, balaik polis kini sudah boleh bergerak, siap lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) 360º.
Inilah aset logistik terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil ilham Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Dipanggil Balai Polis Bergerak CCTV, kenderaan berteknologi moden itu lahir menerusi kerjasama Polis Johor dan Celcom Axiata Berhad yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri Johor.
Balai Polis Bergerak CCTV pernah ditempatkan di beberapa kawasan tumpuan ramai dan laluan masuk pintu sempadan negara Malaysia-Singapura dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota polis.
FUNGSI BALAI POLIS BERGERAK CCTV
- Satu kaedah pencegahan jenayah dengan menggunakan konsep perang psikologi untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan penjenayah dengan adanya kamera rakaman 360º.
- Dilengkapi sistem pintar yang boleh mengesan imej dan nombor pendaftaran kenderaan serta carian pintar menggunakan teknologi Kamera Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent Camera).
Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman kini menjalankan ujicuba untuk mengkaji keberkesanan fungsi dan persepsi masyarakat terhadap balai polis pintar itu.
Kajian dibuat di beberapa lokasi berdekatan Digital Mall dan Stesen Pam Minyak Shell Damansara Damai (Kontinjen Selangor) dan Bukit Bintang serta Jalan Petaling di Kuala Lumpur, hingga 15 November ini.
Orang awam dialu-alukan memberi pandangan melalui borang soal selidik yang boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang di balai polis tersebut.
Leave a Reply