Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta Vanguard 250 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM14.8k!
Roda2

Aveta Vanguard 250 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM14.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AVETA Malaysia melancarkan skuter Aveta Vanguard 250 2025 ke pasaran Malaysia dalam dua varian pilihan: Standard dan Special Edition.

Varian Standard didatangkan dalam pilihan warna tunggal Nano Grey (kelabu) pada harga RM14,888, manakala varian Special Edition berwarna Majestic Green (hijau) dan Titanium Grey (kelabu lembut) dijual pada harga RM16,388. Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Bagaimanapun, 200 pembeli pertama akan menikmati harga promosi seperti berikut:

  • Standard – RM14,488
  • Special Edition – RM15,988

Skuter adventure touring itu dibina berasaskan platform enjin Piaggio Nexus 250 dan sudah menjalani ujian intensif sejauh 20,000km di Semenanjung Malaysia.

Aveta Vanguard 250 2025 didakwa mencipta definisi baharu dalam segmen ATC (Adventure-Touring-Crossover) menerusi tawaran pelbagai ciri menarik.

Skuter ini memiliki kapasiti tangki petrol 13 liter, bar hendal boleh laras dan sistem kawalan traksi (TCS) yang boleh dinyah aktif. Perbezaan dua varian itu membabitkan saiz rim dan tayar, diameter fork teleskopik, jenis panel meter dan sistem absorber belakang.

Berikut perincian Aveta Vanguard 250 2025:

  • Enjin 4-lejang 244.2cc silinder tunggal SOHC penyejukan cecair 4-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI),
  • Output kuasa 24.8hp @ 8,500rpm dan tork 22.5Nm @ 6,500rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan tali sawat.
  • Dimensi panjang 2,120mm, lebar 790mm, dan tinggi 1,345mm, manakala jarak roda 1,535mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Jarak tinggi bumi 160mm
  • Berat kasar 177kg
  • Kapasiti tangki petrol 13 liter

PERBEZAAN STANDARD DAN SPECIAL EDITION

Standard

  • Fork teleskopik standard 33mm, absober belakang berkembar.
  • Brek cakera tunggal 260mm (depan), cakera 240mm (belakang) dengan Sistem ABS serta Kawalan Cengkaman.
  • Meter digital LCD.
  • Rim depan 14 inci 120/70 (depan) dan 13 inci 140/60 (belakang).

Special Edition

  • Fork teleskopik standard 37mm di depan, dan dwi-absorber dengan subtangki (belakang).
  • Brek cakera tunggal 260mm (depan) dengan kaliper 4-piston (opposed) di depan, dan brek cakera 240mm dengan kaliper dwi-piston (belakang).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh nyah aktif.
  • Panel meter TFT digital berwarna.
  • Rim depan 15 inci 120/70 (depan) dan 14 inci tayar 140/70 (belakang).
  • Ada kamera pemuka depan.
autoterkini Aveta Malaysia Aveta Vanguard 250 roda2 skuter
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.