Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
Roda2

Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

SyafieBy Syafie15/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aveta Rangers Max Explorer 2025

AVETA Malaysia sekali lagi mencuri perhatian pasaran tempatan menerusi pelancaran Aveta Ranger Max Explorer versi naik taraf, pada harga bermula RM6,988, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Model baharu itu menampilkan peningkatan prestasi, ketahanan lebih tinggi, tahap keselamatan lebih baik, dan tambahan varian Special Edition (SE) bagi memenuhi cita rasa penunggang urban.

Peningkatan Prestasi, Ketahanan

Berdasarkan kejayaan model asal, Aveta melakukan pelbagai penambahbaikan utama seperti:

Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
  • Brek cakera depan dan belakang untuk kawalan membrek lebih tepat dan yakin
  • Rekabentuk madgad dan fender baharu yang lebih efektif menangkis percikan air dan lumpur
  • Pemegang dan grip baharu dengan pengimbang (balancer) tambahan untuk cengkaman lebih mantap
  • Frem T-bone lebih kukuh yang stabil atas jalan raya biasa dan off-road
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
  • Jarak tinggi bumi 190mm (lebih tinggi +10mm daripada model lama) untuk tunggangan off-road lebih selesa
  • Sistem suspensi, pendawaian, meter halaju, kabel terotel, swingarm, peg kaki pembonceng dan tongkat tengah diperhalusi
  • Sistem bekalan bahan api moden menggantikan pam vakum yang lebih efisien dan mudah diselenggara
  • Berat keseluruhan kekal ringan, hanya 115kg

Varian Standard Kekal Mampu Milik, Ada Warna Baharu!

Varian Standard kini ditawarkan dalam warna baharu Iron Grey (kelabu) dengan ciri:

Aveta Ranger Max Explorer 2025 - Iron Grey
Aveta Ranger Max Explorer 2025 - Iron Grey
  • Rim jejari 18 inci di depan dan 16 inci (belakang) yang diperkukuh
  • Tayar dwi-fungsi yang seimbang untuk jalan raya dan off-road
  • Gaya minimalis dan lasak berasaskan DNA pengembaraan
  • Turut ditawarkan warna sedia ada: Sierra Yellow (kuning) dan Forest Green (hijau)
  • Harga kekal RM6,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) – antara kapcai advencer paling mampu milik di pasaran

Varian Special Edition (SE) untuk Penunggang Urban

Aveta Ranger Max Explorer Special Edition 2025 - Storm Blue

Varian Special Edition (SE) datang dalam warna Storm Blue (biru) yang sesuai untuk penunggang bandar dengan ciri:

  • Rim sport dwi-tona 17 inci
  • Tayar tiubles prestasi jalan raya untuk kawalan lebih lancar di kawasan urban
  • Pelindung ekzos bergaya dengan sentuhan moden
  • Harga RM7,188, tidak termasuk insurans dan cukai jalan
Aveta Ranger Max Explorer Special Edition 2025 - Storm Blue
Aveta Ranger Max Explorer Special Edition 2025 - Storm Blue

Hadiah Eksklusif untuk Pembeli Terawal

Sempena pelancaran, 25 pelanggan terawal akan menerima kotak barang  36 liter eksklusif bernilai lebih RM599, sesuai untuk tunggangan jauh atau kegunaan harian.

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata;

Kami mendengar suara pelanggan, memperbaiki setiap aspek yang perlu, dan hasilnya ialah Aveta Ranger Max Explorer yang lebih berkuasa, lebih tahan lasak, dan lebih menyeronokkan.

“Sama ada di laluan off-road atau jalan bandar, model ini dibina untuk memberi keyakinan, kebebasan dan keseronokan kepada penunggang.”

Kapcai Kembara Serba Lengkap untuk Semua

Pelancaran Ranger Max Explorer baharu membuktikan Aveta komited menghasilkan motosikal mampu milik, tahan lasak dan penuh gaya untuk pelbagai gaya tunggangan. Dengan gabungan ciri pengembaraan dan keselesaan bandar, kapcai tersebut bersedia menjadi pilihan utama penunggang Malaysia.

Ranger Max Explorer kini boleh didapati di semua pengedar Aveta seluruh negara. Maklumat lanjut, boleh layari www.aveta.com.my atau ikuti @AvetaMotorMalaysia di media sosial.

Aveta Ranger Max Explorer 2025 - Iron Grey
Aveta Ranger Max Explorer 2025 - Iron Grey
Aveta Ranger Max Explorer Special Edition 2025 - Storm Blue
Aveta Ranger Max Explorer Special Edition 2025 - Storm Blue
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Aveta Ranger Max Explorer 2025
Auto Terkini Aveta Malaysia Sdn Bhd Aveta Ranger Max Explorer 2025 Cub Kembara Kapcai Advencer roda2
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

23/02/2026
Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.