AVETA Motor Malaysia pernah mempamerkan moped advencer pada pameran Malaysia Autoshow 2023, awal Mei lalu. Nampaknya, Aveta Ranger Max 130 (2023) itu akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 23 November ini.
Maklumat itu dikongsi Aveta Motor Malaysia menerusi satu klip video acah di Facebook yang memaparkan beberapa komponen motosikal tersebut seperti lampu utama, sistem ekzos, rim berbilang jejari dan kulit enjin sebelah kanan:
Tiada maklumat dikongsi mengenai spesifikasi dan jumlah warna pilihan. Di Malaysian Autoshow 2023, pengeluar itu ada menempatkan tiga model berserta aksesori tambahan.
Apa yang pasti, Ranger Max ialah varian kedua gaya scrambler dalam siri Ranger selepas kapcai bajet Ranger 110. Cerita tentang Aveta Ranger Max 130 (2023) pernah kami laporkan sebelum ini.
Leave a Reply